12 May 2010

ibu dan guru

ibu dan guru... gelaran yang sangat mulia. sessuai dengan peranan dan tugas yang disandarkan kepada insan-insan yang menyandang gelaran itu.. punyai tanggungjawab yang sangat besar. biarpun ada sesetengah memandang tugas guru ini mudah, selalu bercuti, kerja separuh hari tapi hanya insan bergelar guru sahaja memahami bebanan tugas yang ditanggung. bak kata orang bekerja dengan orang tidak sama bekerja dengan mesin..
ibu, tidak ada seorang pun yang akan menafikan bebanan tanggungjawab yang digalas oleh ibu.. semua orang akuinya... semua sayang akan ibunya. tapi masih ada insan-insan yang membiarkan ibu. menyeksa perasaannya. melukai hatinya... na'uzubillahi min zalik.. i luv my mum so much..

selamat hari IBU buat emak tercinta juga buat ibu mertua....
selamat hari GURU juga buat emak, serta semua sahabat yang bergelar ustazah, cikgu dll..=)

07 May 2010

2010

Memasuki tahun 2010, bebanan kerja di tempat kerja bertambah. Disiplin kerja juga sudah agak lebih teratur. Tanggungjawab di rumah masih lagi seperti biasa cuma beberapa perkara perlu ditambahbaik supaya keseimbangan di antara kesempurnaan dalam rumahtangga dan kerjaya dapat saya capai. Bukanlah saya terlalu mengejar kesempurnaan tetapi cukuplah andai apa yang saya lakukan itu memberikan kebahagiaan dan kesenangan kepada insan-insan yang berada di sekitar saya. Pejam celik sudah genap setahun, permata hati kami. Melalui setahun itu terasa begitu singkat. Membesarnya Muadz dalam keadaan seperti kami tidak sedar perkembangannya hari demi hari. Terlalu cepat. Mengiring, meniarap, merangkak, duduk, berdiri, berjalan seperti baru semalam semua itu berlaku. Ada masa saya rindukan Muadz seawal usianya 2, 3 bulan dahulu yang hanya tahu merengek, menyusu dan beradu. Sekarang sudah pandai minta itu dan ini. Terutama sekali bab makan dan berjalan. Berguling-guling menangis jika permintaannya tidak dipenuhi. Seronok melihat anak membesar di depan mata. Sesekali bila memandang anak murid yang saya ‘sejuk mata dan hati’ melihatnya , saya berdoa dalam hati moga Muadz juga baik akhlak sepertinya. Moga Muadz benar-benar menjadi anak yang soleh idaman hati setiap ibubapa.

Kepada Allah jua saya memohon agarNya memberikan saya kesihatan yang baik, kesihatan yang terbaik jua buat mak abah, kehidupan yang berkat, rezeki yang halal, kebahagiaan berkeluarga, kekuatan hati dan jiwa untuk saya melalui kehidupan mendatang dengan baik, matang dan sabar. Saya bimbang dengan ujian-ujian yang Allah akan beri pada saya. Dalam bentuk yang bagaimanakah? Tertanggungkah saya dengannya? Allahuakbar… aku terlalu kerdil untuk menanggung dugaanMu..

Maha Suci Mu ya Allah..peliharalah kami dari seksa api neraka Mu