31 December 2008

salam maal hijrah 1430

3 Muharram 1430H

salam MAAL HIJRAH buat semua umat Islam.

Semoga kehadiran tahun baru hijrah ini memberikan kita satu kekuatan untuk berubah. jika dahulu kita kurang baik upgrade diri agar menjadi baik. jika sudah baik apa kata cuba untuk menjadi lebih baik. kalau merasakan diri sudah terlu baik, berwaspadalah agar 'ujub itu tidak hadir dalam hati kita. tanamkan tekad untuk memperbaharui kehidupan agar kehidupan itu nanti bakal menemukan kita dengan kebaikan di dunia dan akhirat serta membantu kita memiliki redha Allah.

wish1 : selamat tahun baru 2009 jugak
wish2 : moga Allah memberkati hidup saya sekeluarga serta melapangkan rezeki kami juga menambahkan kasih sayang dikalangan kami.

24 December 2008

thank You Allah

26 zulhijjah 1429H

terima kasih Allah kerana memakbulkan doa kami..ALHAMDULILLAH.

insan pertama yang cukup gembira mengetahui saya bakal ditempatkan/mengajar di melaka adalah suami saya. saya boleh melihat riak gembiranya. sentiasa tersenyum. saya tahu dialah orang yang tidak sabar-sabar menanti result posting itu dan saya boleh baca kerisauan yang ada dihatinya. hati saya sayu melihat riak muka suami saya. saya tidak tahu kenapa. saya gembira kerana dia gembira.
saban hari suami saya melihat laman kementerian kalau-kalau ada berita mengenainya. alhamdulillah Allah makbulkan doa kami. moga kebahagiaan kekal milik kami.

note 1: thank u abg for ur support. u are so lovely.
note 2: lepas ni kena bermula rutin yang berlipat ganda..argh..mesti memenatkan.apa dikira dengan kepenatan itu jika hati bahagia
note 3: tengah menunggu surat dari KPM ( bile boleh dapat ek)
note 4: thanks thanks thanks to Allah
note 5: apa hal pulak gmbr surat kt atas tue..takde kena mengena lgsung dgn entri ni.huh

10 December 2008

Mati itu pasti

12 zulhijjah 1429H

selepas satu, satu bencana yang menimpa rakyat Malaysia apabila 3 kejadian tanah runtuh berlaku dalam sela masa yang singkat. tragedi di bukit Antarabangsa itu mengingatkan kembali rakyat negara ini kepada runtuhan kondominium Highland towers sikit msa dahulu akibat perkara yang sama. ramai yang menuding jari menyalahkan pihak-pihak tertentu atas berulangnya tragedi yang sama. rata-rata orang yang saya jumpa bila membicarakan hal ini menyatakan keterkilanan mereka atas kerakusan manusia yang tidak henti-henti menodai alam semulajadi ciptaan Allah ini. ye, saya akui kebenaran apa yang mereka perkatakan malah saya bangga bila mereka sedar akan kepentingan hutan-hutan, pokok-pokok, gunung dan bukit kepada kestabilan ekosistem. tetapi jauh disudut hati saya pertama kali saya mendengar berita tentang itu, walaupun ianya tidak berlaku kepada diri saya sendiri mahupun keluarga saya (na'uzubillah) ia merupakan satu peringatan buat diri juga orang lain bahawa kematian itu pasti berlaku tanpa mengira masa dan tempat. saya sedih melihat tangisan keluarga mangsa meraung meratapi kematian orang yang mereka sayangi. kematian yang mengejut barangkali membuatkan mereka terasa sungguh kehilangan.
Dalam perjalanan pulang dari kampung Isnin yang lalu, saya dan suami bertembung dengan satu kemalangan jalanraya. fresh lagi saya rasa. dari jauh saya sudah melihat sekujur tubuh terbaring di atas jalanraya. apabila menghampiri suami melarang saya dari melihat tubuh tersebut. kami rasakan ia sudah tidak bernyawa lagi. satu lagi peringatan Allah buat diri. sepanjang perjalanan selepas melepasi tempat kejadian itu kami langsung tidak membuka mulut untuk beberapa ketika memikirkan apa yang kami lihat tadi dan memuhasabah diri. pada masa itu hati saya begitu sebak. saya membayangkan sekiranya dia seorang muslim, bagaimanalah perasaan keluarga mangsa kemalangan itu menerimanya nanti dalam suasana meraikan Aidiladha.

"t
iap-tiap jiwa akan merasai kematian. kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan."
(al-ankabut:57)

kematian itu adalah sesuatu yang pasti namun kita tidak pasti bila kematian itu datang menjemput kita. oleh itu kita perlu bersedia menghadapinya sekalipun ia datang untuk 10, 20 tahun lagi. adakah kita pasti amalan kita selama ini diterimaNya dan sudah cukup menampung dosa-dosa yang pernah kita lakukan. fikirkan tentang azab Allah yang sentiasa menanti kita di sana. ya Allah ya Tuhan kami matikan kami dijalan Mu..