24 December 2008

thank You Allah

26 zulhijjah 1429H

terima kasih Allah kerana memakbulkan doa kami..ALHAMDULILLAH.

insan pertama yang cukup gembira mengetahui saya bakal ditempatkan/mengajar di melaka adalah suami saya. saya boleh melihat riak gembiranya. sentiasa tersenyum. saya tahu dialah orang yang tidak sabar-sabar menanti result posting itu dan saya boleh baca kerisauan yang ada dihatinya. hati saya sayu melihat riak muka suami saya. saya tidak tahu kenapa. saya gembira kerana dia gembira.
saban hari suami saya melihat laman kementerian kalau-kalau ada berita mengenainya. alhamdulillah Allah makbulkan doa kami. moga kebahagiaan kekal milik kami.

note 1: thank u abg for ur support. u are so lovely.
note 2: lepas ni kena bermula rutin yang berlipat ganda..argh..mesti memenatkan.apa dikira dengan kepenatan itu jika hati bahagia
note 3: tengah menunggu surat dari KPM ( bile boleh dapat ek)
note 4: thanks thanks thanks to Allah
note 5: apa hal pulak gmbr surat kt atas tue..takde kena mengena lgsung dgn entri ni.huh

2 comments:

syuhada said...

Salam ziarah, tahniah kak jannah, alhamdulillah ^_^ .. Sayu baca entry ni, baru tadi ym dengan seorang shbt baik.. kisahnya seperti akak dan suami juga huhu. alhamdulillah dapat posting di petaling perdana.. sebelum ni si isteri di seremban dan suaminya bekerja di KL.. sebulan yg lepas, kwn sy berpindah ke seremban untuk bersama2 isteri tersayang.. hari2 berulang dgn motor ke tempat kerja.. dapat je tau berulang2 kali die bertahmid mengucap syukur pd Dia yg Esa.. Untungnya mrk yg dititip di hati nikmat b'kasih dan syg krn Dia :)

jannah said...

alhamdulillah..terima kasih syuhada..ujian-ujian Allah itulah yang membuatkan kita lebih dekat dan hampir padaNya dan membuatkan kita tidak lekang bersyukur atas segala nikmat yang diberi.
bersyukur dengan ujianNya kerana ia menjauhkan kita dari lalai dan leka. =)