20 November 2011

~ newborn ~

"Setiap anak dilahirkan secara fitrah, kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Muhammad Iman Syafi...
selamat di lahirkan pada hari Selasa 08.11.11 jam 1.57 ptg. bersamaan 12 zulhijjah 1432H..
moga kelahirannya menambah rahmat, berkat dan bahagia dalam keluarga saya.
kekuatan dan kesabaran dipohon pada Allah agar dapat mendidik anak kecil ini menjadi umat terbaik, insan dan hamba Allah yang soleh serta bermanfaat untuk Islam.

nota saya ~ saat ini saya sedang ber'tarung' dengan rasa iri dan kecil hati abg muadz dengan adik nya ini.. mungkin dia terasa hilang sedikit perhatian yg dulu diberi kepadanya 100%..moga abg muadz semakin cepat faham.. ummi syg anak-anak ummi..

04 November 2011

eidul adha

pejam celik rupanya sudah hampir kepada hari raya kedua bagi seluruh umat Islam iaitu eidul adha. sungguh tidak merasa cepatnya masa berlalu. hati dan fikiran hanya tertumpu kepada menunggu kelahiran si kecil nanti. teman-teman yang lain ada yang sudah sibuk pulang ke kampung halaman, bercuti menyambut kedatangan eidul adha sedang kami terpinga-pinga tanpa ada apa-apa perasaan. kerisauan melebihi segala-segalanya tatkala ini. mood hari raya tidak seperti tahun-tahun yang lalu, hambar. sentiasa berdoa semoga Allah mempermudahkan segalanya.

Selamat menjalani ibadah wukuf buat abg husnaa dan seluruh jemaah Haji yang menjadi tetamu Allah di sana. moga ibadah kalian diterima Allah dan mendapat haji yang mabrur. panjang-panjangkan doa kalian untuk kami di sini.

Selamat menyambut Eidul adha buat seluruh umat Islam dan selamat menjalani ibadah korban.

nota saya ~ Allah masih beri peluang untuk merasa hidangan hari raya ini sebelum berpantang panjang... =)

01 November 2011

updated...

Alhamdulillah...

akhirnya terlaksana juga hajat mahu membuat banner blog yang baru. sudah sekian lama meninggalkan aktiviti ber'photoshop'. kali terakhir ketika masih menuntut di universiti dahulu. banyak ilmu-ilmu tentangnya lupa. terkial-kial nak menyiapkan satu banner. walau tidak sehebat dan secantik mana tetapi masih berpuashati dengan kerja tangan sendiri. bandingan dengan kreativit orang lain, saya jauh ketinggalan kerana sejujurnya saya bukanlah seorang yang dilahirkan sebagai insan seni. maka kreativiti itu agak terbatas. dulu selalu bermonolog "kalau la saya diberi pilihan oleh Allah saya mahukan skill melukis" tapi sedar diri bahawa setiap manusia Allah mengurniakan keistimewaan dan bakatnya yang tersendiri. bersyukur.



nota saya~
* bila ber'photoshop' dalam hati berkata.. sungguh saya rindu pada dia..
* sengaja menggunakan gambar AP7.0 kerana itulah versi pertama saya kenal dan belajar tentangnya

rehat ~ tenang


setelah seharian berehat di rumah hari ini, tuntutan merehatkan diri di waktu malam, gagal. almaklum, bermula dari hari ini sudah mula bercuti. menghitung hari, menunggu hari, kelahiran si kecil menjengah dunia. berbaur perasaan hanya Allah yang tahu. moga lahirnya si kecil nanti dipermudahkan Allah dan diberi segala kesempurnaan kesihatan fizikal dan mentalnya walau terpaksa melalui fasa menanggung rasa sakit sementara. harus menenangkan diri. sedang dalam hati ternanti-nanti, tertanya-tanya bilakah masanya. tidak sabarkah saya ini... mungkin kerana kelahiran muadz dahulu terlalu awal dari jangkaan, menyebabkan untuk kali kedua ini saya lebih runsing dan risau sungguhpun EDD masih ada seminggu sahaja lagi. saya positifkan diri. mungkin masa yang bersisa ini Allah mahu saya menyelesaikan kerja-kerja yang bersarang di mata dan kepala kala ini supaya nanti saya boleh menumpu pada kerehatan yang cukup terutama sekali pada si kecil tanpa ada apa-apa gangguan dalam fikiran. mudah-mudahan. setiap apa yang Allah tetapkan itu ada hikmah sebaliknya. sesungguhnya perancangan Allah itulah yang terbaik untuk diri kita. "Allahu khairul maakiriin.." positiive thinking..!

buat semua kawan-kawan SMKDB doa-doakan saya ye
moga jasa kalian mengambil alih tugas saya sementara Allah bayar dengan kebaikan yang berlipat ganda

nota saya: insyaAllah bertemu semula dengan rakan smkdb ditahun hadapan jika Allah masih panjangkan usia ini...