24 November 2008

my wedding video

25 Zulkaedah 1429H

sekitar majlis 'aqad nikah dan walimah pada 27 & 28hb Jun 2008..


Jannah's Wedding from Husnaa Saip on Vimeo.


23 November 2008

Islam agama yang benar

24 Zulkaedah 1429H

" Innaddiina 'indallahi al-Islam "
sesungguhnya agama yang benar disisi Allah itu adalah Islam


Keputusan penghibur terkenal dunia, Michael Jackson, 50 menganut agama Islam baru-baru ini membuktikan agama berkenaan benar dan bukan rekaan
manusia. Penyanyi kontroversi Amerika itu menukar namanya kepada Mikaeel Jackson. Nama itu merupakan pilihannya sendiri. Mikaeel merupakan nama malaikat pemberi rezeki. Jacko dibesar dalam lingkungan agama Kristian dikatakan mengambil keputusan menganut Islam semasa beliau menggunakan studio di rumah kawannya ketika merakamkan album baru. Rakannya David Wharnsby seorang penulis lagu dan produser Philips Bubal menasihatkan beliau supaya memeluk agama Islam. (petikan dari harakah)


"Islam sendiri tidak pernah memaksa sesiapa pun memeluk agama itu kerana ia merupakan agama yang benar," -TG Nik Aziz
takbirr..

20 November 2008

jalan-jalan makan angin


22 Zulkaedah 1429H
bergambar bersama zirafah wlaupun 'depe' buat tak paham je dgn kedatangan kitorang..
unik sungguh ciptaan Allah.

test power ambil gambar dgn posing yang cunn..huhu
sambil2 memperkenalkan 'raja' dihati beta...=)

sempat jugak merakamkan gambar bersama suami sebelum balik ...
manusia dikurniakan akal dan fikiran supaya sentiasa berfikir agar dtg kesyukuran memiliki apa yang ada. hatta ke mana sekalipun, pasti ada faedah yang ditemui jika kita melihat sesuatu itu menggunakan akal dan hati.
subhanallah...maha suci Allah yang menjadikan sekalian makhluk..
(ini adalah antara projek jalan-jalan kitorang..walaupun tempat ni tidak se gah tmpat2 lain..tp biarla kenal tmpat sendiri dahulu..tmpt org bkl menyusul..insyaallah)

zoo melaka
2008

07 November 2008

mengubati hati yang retak


9 Zulkaedah 1429H

Sebentar tadi, dalam kesibukan mengemas rumah, sempat juga saya duduk sebentar dihadapan kaca tv menonton rancangan Nasi Lemak Kopi O di tv9. Saya berpeluang mendengar sedikit motivasi daripada dr. Robiah K. Hamzah berkaitan mengubati hati yang retak.

Dua panggilan dari pendengar spt saya bertanyakan soalan menujurus kepada masalah rumah tangga mereka. Saya bersimpati dgn mereka. Kalau la saya berada ditempat mereka, pasti perkara itu sudah cukup melukakan hati saya. moga ujian seperti itu tidak Allah datangkan kepada saya. Tetapi saya tidak berniat utk mengulaas berkaitan itu cuma intipati yang saya boleh simpulkan melalui siaran tersebut:

  1. terima segala kesakitan atau sesuatu yang boleh meretakkan hati itu sebagai anugerah Allah. Tidak semua kemanisan itu dapat kita kecapi sepanjang perjalanan hidup kita. Ada masa kita akan merasa kepahitan. Hari tidak selalunya siang. Kita akan bertemu malam. Itulah dia putaran. Ada masa kita di atas ada masa kita dibawah
  2. perkara-perkara negatif semalam jangan kita bawa kehari ini. Bimbang kebahagiaan hari ini tergugat kerana kenangan pahit semalam.
  3. jangan simpan memori sedih di dalam kotak ingatan kita kerana memori tersebut boleh menjadikan kita kurang rasional dengan tindakan yang akan kita buat.

Kesimpulan dari diri sendiri, bukan mudah menangani hati sendiri. 3 point yg saya highligt di atas mudah utk diucap dibibir, dipapar di blog etc. Namun pelaksanaan terhadap 3 point tersebut sangat memerlukan mujahadah yang tinggi. Mampukah kita?? insyaAllah. Teringat pesan kakak yang sgt saya hormati ketika sama2 menuntut di UM, ”mahukan keharmonian rumahtangga, jadilah isteri yang benar2 berpegang pada agama” Islam telah meletakkan garis panduan utk menjadi isteri yang solehah. Cuma tinggal kita sahaja yang perlu memilih utk menjadi yang macamana dan bagaimana... fikirkanlah..

06 November 2008

gambar famili yang diabadikan pada Aidilfitri yang lalu..
saya tidak berkesempatan mengabadikannya bersama-sama kerana ketika ini saya berada di rumah sebelah suami.
eid tahun depan saya tidak mahu ketinggalan menyertai kalian.



8 Zulkaedah 1429

ibuku sayang

8 Zulkaedah 1429H

Tatkala org lain lena melayan tuntutan mata, saya tidak langsung dapat melelapkan mata sekalipun jam sudah hampir kepada 1 pagi. Hati tiba-tiba dipagut rasa sedih. Sedih dek kerana kerinduan menebal terhadap emak saya. Terlalu rindu. Rasa ingin sahaja saya pulang ke rumah pada saat itu. Bukan sebulan mahupun setahun tidak berjumpa, baru hujung minggu lepas berjumpa dengan insan yang terlalu saya sayangi itu. Tapi entah kenapa airmata saya tidak mampu saya tampung sekalipun sudah cuba berkali-kali memujuk hati agar lebih tabah. Barangkali saya masih belum biasa berjauhan dengan emak. Begitulah rasanya apabila org yang kita sayangi jauh dari pandangan mata kita. Mungkin emak juga merasakan perkara yang sama. Sama-sama menyulam kerinduan sendirian.

Situasi saya sebagai seorang isteri memerlukan saya berada jauh dari emak kerana kewajipan saya kini adalah sentiasa berada disamping suami. Mungkin itulah antara pengorbanan perasaan yang terpaksa saya lalui bilamana menjengah ke alam rumahtangga. Mujurlah kesedihan itu suami saya fahami. Terima kasih buat suami yang cukup memahami. Semoga Allah lebih menguatkan hati saya untuk melalui kehidupan selepas ini.

(dedikasi utk emak)

tertanam naluri keibuan amat mendalam
dijiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
oh ibu
dibahu mu
tergalas beban
perjalanan mu penuh rintangan
kau titipkan kasih sayang sejujur pengorbanan
tak ku nafikan
disaat kita berjauhan
ingin saja ku berlari
mendakapi mu penuh girang
bak si kecil kehilangan
kau insan penyaynag
betapa ku merindu
lembutnya belaian ibu
membuatku terlena.....

ibu ku sayang........