Showing posts with label peringatan. Show all posts
Showing posts with label peringatan. Show all posts

25 October 2009

dari Allah kita datang kepadaNya kita kembali

takziah buat us.ramadhan dan k.dijah serta keluarga atas pemergian anakanda tercinta ke pangkuan Ilahi. sebagai insan yang punyai anak, apatah lagi seusia dengan almarhum anakanda kalian, saya cukup merasai kehilangan itu. bergenang airmata saya tatkala membaca mesej yang dikirimkan suami perkhabaran pemergian anakanda Nurfatimah. di saat itu la saya merasa betapa hebatnya ujian yang Allah beri kepada kalian berdua. jika Allah memberikan ujian seperti itu kepada saya, Allahu akbar..adakah saya mampu untuk menerimanya dengan seribu ketabahan?
buat ustaz dan k.dijah, bersabarlah wahai sahabat..moga Allah menjadikan Nur fatimah itu penolong kalian di akhirat dan syurga Allah nanti. kalian adalah insan yang hebat. hebat di mata kami dan insyaAllah hebat di pandangan Allah. kerana itu Allah datangkan ujian yang begitu hebat kepada kalian..
salam takziah juga buat sahabat Rabiah yang kehilangan permata hati kedua. moga Allah mengurniakan kekuatan untuk menghadapinya. berbahagialah kerana Muhammadul Azeez dapat kalian tatapi walau hanya sebentar.

note: perjalanan hidup seorang pejuang sejati, Allah tidak hampari dengan permaidani merah, tetapi liku onak dan duri itulah menjadi permainan selama hidupnya bersama perjuangan fi sabilillah.

30 June 2009

ikhlas memberi ikhlas menerima

7 rejab 1430H
ikhlas memberi ikhlas menerima

hipotesis:
jika kita ikhlas memberi sesuatu orang akan menerimanye juga dengan ikhlas.

persoalan:
benar ke..??

eksperimen:
2 situasi saya lalui..
-hari 1 saya sangat bersemangat mengajar dan masuk ke kelas dalam keadaan gembira.alhamdulillah pengajaran saya diterima dengan baik oleh pelajar2 saya..boleh saya katakan objektif pnp pada hari itu tercapai...
-hari 2 saya benar dalam keadaan serabut. saya jadi tiada mood utk mengajar. hasilnya..anak2 murid saya juga berada dalam keadaan serabut..mereka tidak ada semangat, dan berbeza kereaktifan(gune bhasa kimia) mereka dari kebiasaannya...

kesimpulan:
penerimaan dan penghayatan pelajar dalam pengajaran di sekolah adalah bergantung kepada faktor guru juga. kesungguhan guru memberi natijah samada positif/negatif kepada pelajar.sebagai guru,perbetulkan diri dahulu seiring membimbing anak-anak didik kita...jangan menjadi ibarat ketam mengajar anaknya berjalan lurus...

10 December 2008

Mati itu pasti

12 zulhijjah 1429H

selepas satu, satu bencana yang menimpa rakyat Malaysia apabila 3 kejadian tanah runtuh berlaku dalam sela masa yang singkat. tragedi di bukit Antarabangsa itu mengingatkan kembali rakyat negara ini kepada runtuhan kondominium Highland towers sikit msa dahulu akibat perkara yang sama. ramai yang menuding jari menyalahkan pihak-pihak tertentu atas berulangnya tragedi yang sama. rata-rata orang yang saya jumpa bila membicarakan hal ini menyatakan keterkilanan mereka atas kerakusan manusia yang tidak henti-henti menodai alam semulajadi ciptaan Allah ini. ye, saya akui kebenaran apa yang mereka perkatakan malah saya bangga bila mereka sedar akan kepentingan hutan-hutan, pokok-pokok, gunung dan bukit kepada kestabilan ekosistem. tetapi jauh disudut hati saya pertama kali saya mendengar berita tentang itu, walaupun ianya tidak berlaku kepada diri saya sendiri mahupun keluarga saya (na'uzubillah) ia merupakan satu peringatan buat diri juga orang lain bahawa kematian itu pasti berlaku tanpa mengira masa dan tempat. saya sedih melihat tangisan keluarga mangsa meraung meratapi kematian orang yang mereka sayangi. kematian yang mengejut barangkali membuatkan mereka terasa sungguh kehilangan.
Dalam perjalanan pulang dari kampung Isnin yang lalu, saya dan suami bertembung dengan satu kemalangan jalanraya. fresh lagi saya rasa. dari jauh saya sudah melihat sekujur tubuh terbaring di atas jalanraya. apabila menghampiri suami melarang saya dari melihat tubuh tersebut. kami rasakan ia sudah tidak bernyawa lagi. satu lagi peringatan Allah buat diri. sepanjang perjalanan selepas melepasi tempat kejadian itu kami langsung tidak membuka mulut untuk beberapa ketika memikirkan apa yang kami lihat tadi dan memuhasabah diri. pada masa itu hati saya begitu sebak. saya membayangkan sekiranya dia seorang muslim, bagaimanalah perasaan keluarga mangsa kemalangan itu menerimanya nanti dalam suasana meraikan Aidiladha.

"t
iap-tiap jiwa akan merasai kematian. kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan."
(al-ankabut:57)

kematian itu adalah sesuatu yang pasti namun kita tidak pasti bila kematian itu datang menjemput kita. oleh itu kita perlu bersedia menghadapinya sekalipun ia datang untuk 10, 20 tahun lagi. adakah kita pasti amalan kita selama ini diterimaNya dan sudah cukup menampung dosa-dosa yang pernah kita lakukan. fikirkan tentang azab Allah yang sentiasa menanti kita di sana. ya Allah ya Tuhan kami matikan kami dijalan Mu..


23 November 2008

Islam agama yang benar

24 Zulkaedah 1429H

" Innaddiina 'indallahi al-Islam "
sesungguhnya agama yang benar disisi Allah itu adalah Islam


Keputusan penghibur terkenal dunia, Michael Jackson, 50 menganut agama Islam baru-baru ini membuktikan agama berkenaan benar dan bukan rekaan
manusia. Penyanyi kontroversi Amerika itu menukar namanya kepada Mikaeel Jackson. Nama itu merupakan pilihannya sendiri. Mikaeel merupakan nama malaikat pemberi rezeki. Jacko dibesar dalam lingkungan agama Kristian dikatakan mengambil keputusan menganut Islam semasa beliau menggunakan studio di rumah kawannya ketika merakamkan album baru. Rakannya David Wharnsby seorang penulis lagu dan produser Philips Bubal menasihatkan beliau supaya memeluk agama Islam. (petikan dari harakah)


"Islam sendiri tidak pernah memaksa sesiapa pun memeluk agama itu kerana ia merupakan agama yang benar," -TG Nik Aziz
takbirr..

07 November 2008

mengubati hati yang retak


9 Zulkaedah 1429H

Sebentar tadi, dalam kesibukan mengemas rumah, sempat juga saya duduk sebentar dihadapan kaca tv menonton rancangan Nasi Lemak Kopi O di tv9. Saya berpeluang mendengar sedikit motivasi daripada dr. Robiah K. Hamzah berkaitan mengubati hati yang retak.

Dua panggilan dari pendengar spt saya bertanyakan soalan menujurus kepada masalah rumah tangga mereka. Saya bersimpati dgn mereka. Kalau la saya berada ditempat mereka, pasti perkara itu sudah cukup melukakan hati saya. moga ujian seperti itu tidak Allah datangkan kepada saya. Tetapi saya tidak berniat utk mengulaas berkaitan itu cuma intipati yang saya boleh simpulkan melalui siaran tersebut:

  1. terima segala kesakitan atau sesuatu yang boleh meretakkan hati itu sebagai anugerah Allah. Tidak semua kemanisan itu dapat kita kecapi sepanjang perjalanan hidup kita. Ada masa kita akan merasa kepahitan. Hari tidak selalunya siang. Kita akan bertemu malam. Itulah dia putaran. Ada masa kita di atas ada masa kita dibawah
  2. perkara-perkara negatif semalam jangan kita bawa kehari ini. Bimbang kebahagiaan hari ini tergugat kerana kenangan pahit semalam.
  3. jangan simpan memori sedih di dalam kotak ingatan kita kerana memori tersebut boleh menjadikan kita kurang rasional dengan tindakan yang akan kita buat.

Kesimpulan dari diri sendiri, bukan mudah menangani hati sendiri. 3 point yg saya highligt di atas mudah utk diucap dibibir, dipapar di blog etc. Namun pelaksanaan terhadap 3 point tersebut sangat memerlukan mujahadah yang tinggi. Mampukah kita?? insyaAllah. Teringat pesan kakak yang sgt saya hormati ketika sama2 menuntut di UM, ”mahukan keharmonian rumahtangga, jadilah isteri yang benar2 berpegang pada agama” Islam telah meletakkan garis panduan utk menjadi isteri yang solehah. Cuma tinggal kita sahaja yang perlu memilih utk menjadi yang macamana dan bagaimana... fikirkanlah..