07 December 2012

Kembara di bumi Allah- CAMERON HIGHLANDS

Hidup orang yang bekerja penuh dengan stress. Meh la release tension itu dengan berjalan-jalan makan angin. Sudah agak lama kami tidak pergi bercuti. Kali terakhir bercuti di Kelantan dan Terengganu awal 2011 yang lepas. Pun begitu, cuti kali ini dirancang oleh suami juga yang hanya memberitahu pada saya rancangannya itu dua hari sebelum percutian. Dia memang macamtu. By the way, kami bercuti bukan sendirian tetapi sebenarnya lebih kepada mengikut percutian yang dirancang teman baik suami, Imam dan k.ina.. kami follow jela.. percutian 3 hari 2 malam itu bermula semasa cuti Deepavali yang lepas.


Day 1 ~ Bertolah dari Merlimau sekitar 5am. Berhenti solat subuh di RnR Seremban. Berhenti lagi breakfast di RnR Tapah yang mana tempat kami 4 keluarga bertemu kerana masing-masing datang dari arah yang berbeza. Jam 10am lebih bertolak ke CH melalui simpang Pulai. Jalannya besar dan rasa selamat tidak macam Tapah. Jika dari arah selatan melalui simpang Pulai agak jauh sedikit la..but it’s ok.janji selamat. Jam 12pm sampai di CH. Teruja sebab akhirnya sampai jugak di CH. Destinasi pertama menuju ke Big Red Strawberry Farm. Makan fresh  strawberry. Kak ina belanja.huhu. banyak farm yang ditutup tak boleh pick sendiri di sebabkan ketiadaan buah dan juga sebab nak menjaga pokok2 tersebut dari rosak.

di pintu masuk Big Red Strawberry Farm
ini adalah periuk kera. 1st time tengok dekat. =)

Then, check in di Chua Gin Hotel. Betul-betul di tengah-tengah pekan Brinchang. Walaupun hotel bajet, still ok la untuk kami berempat..Bilik tiada kipas mahupun aircond sebab dah ada aircond semulajadi.huhu. walaupun tengahari still lagi rasa sejuk duduk dalam bilik hotel. Syokk..petang kami bercadang nak naik gunung brinchang tapi berhenti tengah jalan sbb kami keluar dah lewat dan rase gerun nak meneruskan mendaki dengan alza kami itu. Syg kereta beb. Hanya merakam gambar di tepi jalan.

gambar berdua je.macam dating plak.anak kepenatan tidur dalam kereta. =)
 
Aktiviti malam, kami keluar ke pasar malam Brinchang. Tidur. zzZzZzz..


Day 2 ~  jam 930 am menuju ke BOH tea Plantation. Lihat pemprosesan teh dan pemandangan hijau ladang teh disitu. Subhanallah cantik! Then ke Tanah Rata cari port untuk berkelah makan tom yam, jagung rebus dan kentang goreng. Thanks ya K.ina,huda dan k.solehah yang masak. Kami tumpang makan jer. Jam 130 pm di Opah jem and strawberries. Inila destinasi yang nak sangat saya pergi di Kg. Sedia. Sebab nak makan scone dan jem stawberi. Sepanjang saya search, ini sahaja lah tempat Muslim yang ada jual scone. Tempat lain barangkali ada dan banyak namun saya lebih yakin disini kerana yang membuatnya 100% orang Islam. Alhamdulillah tercapai hasrat


dua orang budak yang comel penat balik dari ladang teh..




Alhamdulillah tercapai hasrat. Petang hanya duduk berehat di hotel. Hanya keluar ke pasar malam dan dinner selepas maghrib. Membeli souveniour sikit-sikit je.

Day 3 ~ hari terakhir kami disini. Saya paksa suami keluar seawal mungkin walaupun tanpa rakan-rakan yang lain dan nekad pulang semula ke hotel sebelum jam 10 am. Tak mau bertembung dengan jem di Ikea Farm. Sejuk nye keluar di awal pagi. Di Ikea Farm agak murah2 barangannya. Kami ke situ kerana mahu mencari jagung dan buahtangan untuk keluarga. Alhamdulillah.tepat jam 10 kami dah bergerak keluar dari Ikea Farm.Jem..!huh, nasib baik kami keluar awal.. dan sempat lagi kami singgah sebentar di taman Rama-rama.. jam 12 check out hotel. Planning memang balik sendirian mengikut Tapah. Sepanjang perjalanan singgah di Opah Strawberries Farm untuk kali kedua. Dahsyat benor mek ni.. makan scone lagi…nyummy!

3 biji cheese scone untuk 2 orang makan.

Singgah di Smoke House  tengok2 sambil bergambar. Singgah pula di MARDI Tanah Rata. Disitu kita dapat lihat macam-macam tanaman yang ada di CH ni. Masuk bayar ok. Dewasa rm4.kanak-kanak free. Makan Aiskrim strawberii.. marvellous..! wah makan aje..
Iman Syafi pantang nampak aiskrim..
Then meneruskan perjalanan pulang dengan satu kepuasan… cuak juga lalu jalan Tapah ni..berliku-liku dan agak kecik juga byk tanah runtuh yang sedang dibaiki....nak singgah Bharat TEA tp semua dah tak larat.so, pandu lalu je la ye.. paling best dapat tengok air terjun Lata Iskandar. Cantik..sampi di Melaka jam 1030pm.. Alhamdulillah, rezeki kami mungkin, walaupun di musim hujan sekarang, percutian kami berjalan lancar dengan cuaca yang sangat baik..tq Allah..!

Nota saya ~ suami bercita-cita nak ke Langkawi pula… saya suka jer orang ajak berjalan. Heee..



No comments: