06 December 2012

come back..


setelah sekian lama blog ini tidak ber'update'. sibuk memanjang. mengalahkan PM. bebanan kerja semakin bertambah. masa yang ada terkadang sipi-sipi habis dengan urusan kerja dan anak-anak. benarlah ' tanggungjawab yang ada lebih banyak dari masa yang kita ada'..

hari ini horeyy.. dah habis tanggungjawab menjaga exam.. sudah boleh berlapang sikit la. dah boleh fokus pada benda yang lain pula. tidak terikat lagi sementara dengan ketua pengawas, lembaga peperiksaan, pengetua dsb.. saya sudah boleh bercuti dengan agak lega. fokus untuk PBS tahun hadapan. tidak mahu celaru dan haru biru macam tahun ini. harus dirancang dengan baik moga dihujung tahun 2013 nanti tidak banyak masalah yang timbul.

anak-anak sudah semakin membesar. pejam celik saja Iman sudah setahun. rasa baru semalam bercuti melahirkan dia. sungguh la masa itu berlalu terlalu pantas tanpa kita sedari. saya pun sudah punya anak sedara. seronok tak terkata. gambarnya akan saya upload next post nanti ok..

nota saya~ bila kepala sudah lapang dr kerja baru ada mood berblog..

No comments: