27 December 2009

gathering

10 muharram 1431H
aktiviti
gathering kwn2 lama
(sek rendah)
tempat
Bisik-Bisik, Pt. Raja
masa
26 Disember 2009 (8.06pm)
kehadiran
hafiz rahman, fauzi amin, amirul idham, azmim zober, adib azra, faizah azra, jannah dan suami, noramin dan isteri.


10 Muharram- Hari Asyura

10 Muharram 1431H


Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram)

  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
  12. -Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  13. -Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala
  14. seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

dipetik dari www.al-azim.com


saya masih teringat ketika umur saya sekolah rendah, bila hampir tiba 10 Muaharram mak berkata pada saya "apa la yang abah nak beli tahun ni ye.." saya tercengang. bertanya "kenapa mak ckp macamtu?" mak tersenyum..mak katakan pada saya, " pada 10 Muahrram selain sunat berpuasa, sunat juga menggembirakan ahli keluarga atau berbelanja untuk keluarga. tak kira la belanja makan ke apa ke..dan antara perkara yang sering abah lakukan, abah akan membeli sesuatu yang akan menggembirakan kami.." saya hanya mengangguk. " ooo.." dan pada tahun itu "surprise..!!" abah membeli peti sejuk yang baru untuk kami sekeluarga. memang kami semua sgt gembira..moga Allah melapangkan rezeki untuk abah.. baru kini saya faham...

note: takde ke org nak belanje diri ini hari ini..??hmm..

24 December 2009

tetamu

7 muharam 1431H

hari ini saya menerima kiriman sms dari beberapa teman yang menyatakan hasrat untuk singgah ke rumah kerana kebetulan mereka berada di Melaka. saya dengan hati terbuka gembira mahu menerima kedatangan mereka walaupun ada teman saya itu tidak dapat memenuhi hasrat tersebut disebabkan masa kerana saya katakan saya hanya berada di rumah sekitar jam 5 petang atas urusan yang agak penting di luar..mungkin tidak ada rezeki lagi bagi saya dan teman saya itu..
berbicara tentang tetamu ini, saya teringat di zaman kanak-kanak dulu, saya punya perasaan tidak suka bila ada orang mahu bertandang ke rumah. entah kenapa. mungkin ia bakal mengganggu privacy kami sekeluarga atau kerana saya tidak suka di arah itu dan ini oleh mak (buat air dan sebagainya. itu dulu..) hehe..tetapi mak selalu berpesan pada kami anak-anaknya bahawa tetamu itu datangnya membawa rezeki dan perlu dilayan dan menyambutnya dengan gembira dan berlapang dada. dan mak akan sentiasa mengulang-mengulang perkara itu. hasil didikan mak itulah menjadikan saya lebih menghargai sesiapun yang datang ke rumah kami. prinsip itulah yang saya yakini hingga ke hari ini..doktrinisasi mak..

note : dulu lain sekarang lain.. =) terima kasih mak..

ibubapa

7 muharam 1431H

" ibu bapa adalah kunci syurga, kunci rezeki dan kunci bahagia dan tenang.."


saya masih terfikir-fikirkan ungkapan itu hingga ke saat ini. ungkapan yang saya ambil hasil dari perkongsian k.jibah di dalam facebooknya..terima kasih kak.. saya terbayangkan mak dan abah di kampung. memang benar ibubapa adalah kunci kebahagiaan dan rezeki dan yang penting sekali adalah kunci syurga buat anak. mengambil pedoman dari pengalaman dalam kehidupan mak, saya begitu meyakini apa yang di ungkapkan di atas. dahulu, semasa tok masih ada, sebagai seorang anak mak tidak pernah melupakan tanggungjawabnya yang perlu ditunaikan baik dalam aspek apa pun sekalipun sudah berumahtangga. wang ringgit, perhatian, kasih syg, bahkan keringatnya yang perlu juga dibahagi-bahagikan untuk suami dan anak-anak.
alhamdulillah, sokongan dari seorang suami yang begitu memahami jiwa mak dan kondisi mak dalam keluarga membuatkan mak tidak punya masalah untuk menunaikan tanggungjawabnya terhadap tok. boleh saya katakan abah terlalu sporting and understanding bila berbicara tentang tok. hingga di akhir hayat tok, mak dapat menemani di saat-saat pemergiannya ke alam yang kekal abadi itu. dan itulah yang membuatkan mak kini tenang dalam kehidupan setelah puas menunaikan bakti buat ibu tercinta. kini, meskipun tok sudah tiada, pusaranya belum pernah lagi kami miss ziarahi bila datangnya hariraya walau ia terletak jauh dari kami. dan mungkin kerana itu Allah berikan kebahagiaan buat mak dan abah hingga saat ini, dengan rezeki yang insyaAllah tidak putus-putus..
saya bertekad selagimana mak abah masih ada, selama itu saya akan berbakti untuk mereka sekalipun adakalanya ia melebihi kepentingan diri sendiri. mahu mencari redha Allah, redha suami juga redha mak dan abah... kerana mereka adalah insan-insan yang terlalu dekat dihati saya..

note 1 : airmata bergenang tatkala menaip entri ini.. sensitif bila fikir ttg mak dan abah..
note 2 : salam Maal Hijrah buat semua

11 December 2009

walimah + Radix FC


23 zulhijjah 1430H

2 minggu yang lepas berpeluang menghadiri walimah fazura & raziman di simpang renggam. tidak sangka pula bertemu dengan sahabat saya, aina di walimah tersebut.. dapat berbual sebentar, bertanya perkembangan masing-masing. pertanyaan usik-mengusik berbaur cepu emas yang lazim meniti bibir ini untuk sang puteri yang penuh kesantunannya itu.. hehe.. sempat juga merakamkan gambar bersamanya dalam pada kesibukan menanti turn bergambar bersama pengantin..
pulang dari walimah tersebut, mengambil kesempatan singgah di Radix FC. saja pergi melihat outlet terbaru yang dibuka di Kluang (berdepan Kluang Mall). sebenarnya ini adalah kali pertama mahu merasa makan di RFC setelah lama menunggu outletnya di Mydin Mall (ayer keroh) yang masih belum dibuka. saya tidak punya perasaan untuk bercerita tentang makanannya (suka kentang putar rfc + soft drinknya..) tetapi ingin mengungkapkan rasa bangga bilamana memasukinya. entah kenapa perasaan itu hadir. mungkin kerana ia 100% diasaskan dan dimiliki oleh muslim. bangga bahawa orang Islam juga mampu sebenarnya menerokai business2 grand seperti itu.bak kata suami saya "perlukan modal yang besar nak buat semua tu". etika pemakaian pekerja-pekerjanya juga amat menyenangkan. rata-rata pengunjung yang makan di situ juga adalah muslim. alhamdulillah, sekurang-kurangnya kewujudan RFC ini memberikan alternatif kepada masyarakat Islam yang mengambil berat tentang peri penting produk-produk halal terutama bab-bab makan ni.. tetapi jangan disalah tafsirkan bahawa RFC ini hanya untuk orang Islam... RFC untuk semua...


note : makan di RFC shopping di Mydin...

:: pertunangan+pernikahan+resepsi ::

23 zulhijjah 1430H

bila sebut cuti sekolah, kenduri kahwin adalah antara event yang berada dalam list utk dihadiri.. memenuhi undangan orang itu wajib. bila disemak di dalam list saya, agak berderet juga undangan yang perlu dipenuhi.. undangan dari sahabat2 saya juga dari teman-teman suami.. ada masa berlaku pertembungan tarikh tetapi di lokasi yang jauh berbeza.. bagaimana untuk dipenuhi? sedaya upaya kami akan penuhi tetapi kami memohon kemaafan jika ada yang tidak dapat kami penuhi dek kerana kesempatan masa, kejauhan lokasi, dan beberapa hal lain yang tidak kami duga kehadirannya. jika diikutkan hati saya ini mahu saja saya hadiri dan raikan hari bahagia setiap dari mereka. apatah lagi kepada sahabat-sahabat yang pernah meraikan saya suatu ketika dulu, tetapi perancangan Allah itu adalah yang terbaik.. walaubagaimanapun, SELAMAT PENGANTIN BARU & SELAMAT BERUMAHTANGGA ditujukan khas buat kalian semua samada yang baru sahaja mahupun bakal bergelar raja sehari...

raqi & madiha :: nurdeen & masyfuah :: maisarah & ustz halim :: nadiah & lukman :: raihana & dzulkhairi :: faisal & adha :: anisa fadzil :: huda & hairi :: anuar hasin & hazwani
kepada pasangan yang tidak tersebut, doa kami juga untuk kalian moga bahagia kekal ke akhir hayat..

note : congrats to aizat & mislina for ur sweet newborn, nurhanis aufa..bahagianya menjadi ibu dan ayah

05 December 2009

kelas 6 Baiduri '96

17 zulhijjah 1430H

alhamdulillah
..saya berjaya menemui teman-teman lama yang sama-sama di bangku sekolah rendah dahulu. rasa gembira yang teramat kerana sudah lama ukhwah yang telah sedia ada itu tidak ber'update'.. walaupun pertemuan hanya di facebook (face 2 face in the notebook), tp alhamdulillah sedikit sebanyak saya mengetahui perkembangan kehidupan teman-teman saya itu. hampir 13 tahun menyepi tanpa berita akhirnya bertemu semula. seronok kan. ada yang sudah bekerja, ada yang sedang belajar, ada sudah punya anak dan ada juga yang baru/bakal menjengah ke alam rumahtangga. berharap dapat bersua muka dengan mereka suatu hari nanti..

note : teringat guru kelas Pn.Rokiah (6 Baiduri '96) yang best...

22 November 2009

syukur..


4 zulhijjah 1430H

setelah melewati hidup berumahtangga selama lebih setahun, kali ke2 menyambut ulangtahun kelahiran hubby..sambutan yg sederhana sahaja..moga ia cukup bermakna buatnya...
syukur kepada Allah kerana sudah 26 tahun die hidup menghirup udara dan mengecapi nikmat dunia yang Allah berikan kepadanya...
semoga Allah memberikan kesejahteraan dalam hidup suami saya, dan mengabulkan segala impiannya..
semoga Allah mengurniakan usia yang berkat buatnya..
semoga Allah sentiasa mengikat hatinya agar dirinya tidak lalai dan leka dari mengingatiMU..amiin..

note: alFatihah buat almarhumah Nurul zalikah, sahabat seperjuangan yang telah kembali menemui Ilahi 13nov yg lalu..

25 October 2009

dari Allah kita datang kepadaNya kita kembali

takziah buat us.ramadhan dan k.dijah serta keluarga atas pemergian anakanda tercinta ke pangkuan Ilahi. sebagai insan yang punyai anak, apatah lagi seusia dengan almarhum anakanda kalian, saya cukup merasai kehilangan itu. bergenang airmata saya tatkala membaca mesej yang dikirimkan suami perkhabaran pemergian anakanda Nurfatimah. di saat itu la saya merasa betapa hebatnya ujian yang Allah beri kepada kalian berdua. jika Allah memberikan ujian seperti itu kepada saya, Allahu akbar..adakah saya mampu untuk menerimanya dengan seribu ketabahan?
buat ustaz dan k.dijah, bersabarlah wahai sahabat..moga Allah menjadikan Nur fatimah itu penolong kalian di akhirat dan syurga Allah nanti. kalian adalah insan yang hebat. hebat di mata kami dan insyaAllah hebat di pandangan Allah. kerana itu Allah datangkan ujian yang begitu hebat kepada kalian..
salam takziah juga buat sahabat Rabiah yang kehilangan permata hati kedua. moga Allah mengurniakan kekuatan untuk menghadapinya. berbahagialah kerana Muhammadul Azeez dapat kalian tatapi walau hanya sebentar.

note: perjalanan hidup seorang pejuang sejati, Allah tidak hampari dengan permaidani merah, tetapi liku onak dan duri itulah menjadi permainan selama hidupnya bersama perjuangan fi sabilillah.

02 October 2009

Aidilfitri 2009

14 Syawal 1430H

















note: salam aidilfitri buat sahabat-sahabat dan teman..maaf zahir dan batin..

description- gambar atas: hari raya di rumah sendiri
gambar bawah : bersama keluarga suami


06 September 2009

muadz 5 bulan



16 Ramadhan 1430H

sudah semakin jarang mengupdate blog sy ini.walaupun sebenarnya hari-hari duduk di hadapan pc.kekangan masa yang ada menyebabkan blog ini hanya sempat di update dengan gambar-gambar sahaja.apabila menginjak ke status 'ibu' tumpuan hidup sudah lebih kepada anak.maka banyak perkara lain yang perlu diketepikan demi melebihkan kepentingan anak.bukan menjadikan anak punca kepada segalanya tetapi ini menunjukkan bahawa itulah ibu yang selalu berkorban segalanya demi si kecil yang belum mengerti apa-apa.walaubagaimanapun, hati ibu tetap bahagia kerana si kecil membesar di depan mata, menatangnya bagai minyak yang penuh, dan berharap dia benar-benar menjadi permata hati ibu dan bapa yang berguna.

note 1: gambar disebelah diambil ketika kami berjalan-jalan di putrajaya
note2: muadz dh nak merangkak.sgt suka dengan kertas/tisu.pantang nmpak buku habis dikoyaknya...pantang nmpk kotak tisu habis di tarik isi dalamnya.takpun masuk mulut..huh..fasa meletihkan..=)
note 3: salam ramadhan buat semua..!!

konvo DPLI

16 Ramadhan 1430H

tahniah buat sahabat-sahabat DPLIUM

saturday::15082009

05 August 2009

muadz 4 bulan

13 syaaban 1430H
foto: muadz dengan abi
muadz dah pandai main
tidur pun dah lasak

03 August 2009

walimah enis & zaidi

11 syaaban 1430H

tahniah buat enis dan suami..semoga rumahtangga yang dibina membawa kebahagiaan sepanjang hayat..Alhamdulillah Allah makbulkan harapan saya untuk hadir di walimah teman baik saya ini..thanks enis kerana menerima kelewatan kehadiran kami..

pengantin baru..

muadz tgh demam...mcm takde mood je..

note 1: mek, jange lupo share deh kalu ado bito gembiro...ehe
note 2: tahniah juga buat k.dijah&ustz ramadhan for their newborn, nur fatimah..comel sangat..

29 July 2009

motivasi diri

blog yang tak terupdate. kesibukan dengan tugas2 in and outside of home..sambil menanti kelas relief jam 120 ptg, saya mengexplore web2 berkaitan hijrah Rasulullah saw untuk persediaan pnp hari esok. bukannya apa.. saya memg agak liat untuk seharian menghabiskan sebuah buku..maka biarlah saya gantikannya dengan bacaan di website sebagai ilmu tambahan. improvement yang perlu saya lakukan untuk diri dan kerjaya saya. semakin bertambah usia saya di dalam kerjaya, semakain tersedar banyak kekurangan ilmu yang perlu saya perbaiki.

dalam artikel "Peristiwa hijrah Rasulullah iktibar bentuk kejayaan di dunia, akhirat" yang saya baca sebentar tadi, saya sangat tertarik dengan 'quote' berikut:

Prof McClelland (1958), pakar psikologi yang banyak mempelopori kajian ke atas psikologi kejayaan individu, dalam kajiannya mendapati ciri personaliti yang berjaya adalah:

  • Mereka yang melaksanakan tugas yang mencabar dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas.
  • Mereka memiliki dorongan yang kuat untuk memajukan diri sendiri.
  • Mereka amat mementingkan penilaian atas kerja yang dibuat untuk kemajuan yang lebih baik lagi.

  • penulis menghubungkaitkannya dengan dengan peribadi nabi dalam usaha dakwah baginda sehingga tercetusnya kejayaan dakwah baginda hingga ke pelusuk dunia...
    begitu juga harus saya relate kannya dengan kehidupan seorang guru..galas tanggungjawab dengan ikhlas..dorongan yang kuat..dan nilai atas kerja yang dibuat...nampak simple..kena cuba untuk mencuba..wahhh...boleh buat ke tidak.. ala kulli hal..ia bergantung dengan motivasi diri..moga motivasi yang ada dalam diri saya tidak mati di tengah jalan..

    note 1: mohon maaf andai tatabahasa di dalam blog ini agak tunggang langgang..berlaku percampuran bahasa..
    note 2: sakit kepala waktu ini..tension mungkin..
    note 3: hepi belated birthday to my youngest bro..28/7

    30 June 2009

    ikhlas memberi ikhlas menerima

    7 rejab 1430H
    ikhlas memberi ikhlas menerima

    hipotesis:
    jika kita ikhlas memberi sesuatu orang akan menerimanye juga dengan ikhlas.

    persoalan:
    benar ke..??

    eksperimen:
    2 situasi saya lalui..
    -hari 1 saya sangat bersemangat mengajar dan masuk ke kelas dalam keadaan gembira.alhamdulillah pengajaran saya diterima dengan baik oleh pelajar2 saya..boleh saya katakan objektif pnp pada hari itu tercapai...
    -hari 2 saya benar dalam keadaan serabut. saya jadi tiada mood utk mengajar. hasilnya..anak2 murid saya juga berada dalam keadaan serabut..mereka tidak ada semangat, dan berbeza kereaktifan(gune bhasa kimia) mereka dari kebiasaannya...

    kesimpulan:
    penerimaan dan penghayatan pelajar dalam pengajaran di sekolah adalah bergantung kepada faktor guru juga. kesungguhan guru memberi natijah samada positif/negatif kepada pelajar.sebagai guru,perbetulkan diri dahulu seiring membimbing anak-anak didik kita...jangan menjadi ibarat ketam mengajar anaknya berjalan lurus...

    28 June 2009

    1st anniversary

    5 rejab 1430H


    27 jun 09 ulangtahun pertama perkahwinan saya bersama suami tercinta. tarikh yang sama abah dilahirkan... semoga kasih sayang yang terbina kekal selamanya. dan berharap Allah mengurniakan kami kebahagiaan dan keberkatan dalam melayari bahtera rumahtangga.
    note 1: selamat hari lahir Abah
    note 2: surprise pada 12 jun yg lalu membuat saya begitu terkejut.thank u for my hubby. boleh jadi pengarah drama yang baik..!! =)

    09 June 2009

    foto muadz

    15 Jamadilakhir 1430H


    muadz di usia masuk 3 bulan


    15 Jamadilakhir 1430H

    gambar muadz terkini..
    dah pandai ketawa, senyum bila di agah..
    melihat anak membesar di depan mata satu kebahagiaan. perasaan yang hanya dirasai oleh insan yang bergelar ibu dan bapa.
    benarlah kata orang anak adalah penawar di saat suka dan duka..
    melihat wajah anak, hati jadi tenang dan lapang...
    rasa tak mahu berenggang..
    muadz..muadz..

    note: dikala ini saya sebenarnya sedang sibuk menanda kertas exam pelajar..aktiviti yang tertangguh dek kerana pulang ke kg minggu lepas..sambil2 menanda, sambil2 surf apa yg ptut..menghilangkan ngantuk di waktu2 begini (0412)

    10 May 2009

    kasih ibu

    15 Jamadilawal 1430H

    kasihnya ibu membawa ke syurga...syurga di telapak kaki ibu...
    ungkapan yang biasa kita dengari. Setelah bergelar ibu baru saya benar-benar menghayatinya. Begini rasanya menjadi seorang ibu. Mengalir airmata saya tatkala kali pertama emak mencium saya setelah saya bergelar ibu. Apa yang pernah mak lalui dan rasai sepanjang membesarkan saya dan anak-anaknya yang lain bakal saya rasai dan lalui juga. Begitulah kasih ibu. Hati ibu mana tidak terusik bilamana mendengar tangisan anak. Apatah lagi tangisan anak menahan kesakitan. Biarlah sakit itu ibu yang tanggung. Biarlah perit itu ibu yang rasa. Biarlah ibu bersengkang mata di malam hari. Segalanya demi anaknya.

    ---->buat anak ummi, Muadz, " ummi syg adik "....

    permata hatiku

    15 Jamadilawal 1430H

    Muhammad Muadz Syahmi bin Mohd Safari
    comelnya anak ummi...


    30 January 2009

    hujan..hujan..

    4 Safar 1430H

    ketika saya tengah rajin mengulit2 laman blog ni..hujan turun..alangkah bahagianya hidup saya..sudah lama saya menantikan saat turunnya hujan. bagai menantikan bulan turun ke riba..eh, betul ke ayat tu..ape pun saya bersyukur kepadaNya kerana menurunkan rezeki (hujan) walau tidaklah selebat mana tapi sekurang2nya ianya meredakan sedikit kepanasan iklim disini lewat-lewat ini. syukur padaMU ya Allah...

    note : Selamat pengantin baru buat kak su dan suami..moga bahagia ke akhir hayat..malu untuk mengabadikan gambar di walimah kalian dek kerana perubahan fizikal saya akhir-akhir ini (ala ala tembam gitu)..hihi

    SMKDB

    4 Safar 1430H


    SMK Datuk Bendahara, Jasin
    dah hampir sebulan berada di sini, saya masih belum lagi menghafal lagu sekolah..
    ketika perhimpunan saya hanya membatukan diri apabila tiba turn lagu sekolah dan negeri dimainkan
    sedangkan guru-guru lain kalau tak menyanyi pun masih mampu miming sendirian..
    apela nasib anak dirantauan ini..tapi bait-bait lagu negeri tumpah darahku masih
    tersimpan kemas dalam kotak fikiran...

    mood

    dalam keadaan ada keje yang menimbun untuk disiapkan sebelum naik sekolah Isnin ni, saya masih ada lagi mood untuk blog, ym dsb. hihi.hari-hari saya menatap blog saya ini sebenarnya. tapi masih belum ada mood untuk update entri seterusnya. entah kenapa saya kurang berminat semenjak mula bekerja ni. mungkin kepenatan menyebabkan saya lebih senang menghabiskan baki-baki masa saya sehari untuk berehat dan menguruskan rumah. tapi saya terasa diri saya lebih displin dan terurus dengan kehidupan saya sekarang. kalau dulu hanya duduk di rumah, keje yang remeh pun boleh ditangguh2kan. tapi tidak sekarang. setiap minit dan saat sangatla dicermati. supaya saya tidak rasa menyesal dikeesokan harinya..=)

    note 1: harini kena siapkan RPT form 4 dan set soalan ujian form 2
    note 2: ntah kenapa dalam 2 hari ini, saya asyik mimpi akan ank2 murid saya, suasana sekolah..
    note 3: wahai diri...bangkitlah kerana dirimu bukan lagi di alam kanak-kanak, riang bermain berlari-lari di taman..(huhu..)
    .