24 December 2009

ibubapa

7 muharam 1431H

" ibu bapa adalah kunci syurga, kunci rezeki dan kunci bahagia dan tenang.."


saya masih terfikir-fikirkan ungkapan itu hingga ke saat ini. ungkapan yang saya ambil hasil dari perkongsian k.jibah di dalam facebooknya..terima kasih kak.. saya terbayangkan mak dan abah di kampung. memang benar ibubapa adalah kunci kebahagiaan dan rezeki dan yang penting sekali adalah kunci syurga buat anak. mengambil pedoman dari pengalaman dalam kehidupan mak, saya begitu meyakini apa yang di ungkapkan di atas. dahulu, semasa tok masih ada, sebagai seorang anak mak tidak pernah melupakan tanggungjawabnya yang perlu ditunaikan baik dalam aspek apa pun sekalipun sudah berumahtangga. wang ringgit, perhatian, kasih syg, bahkan keringatnya yang perlu juga dibahagi-bahagikan untuk suami dan anak-anak.
alhamdulillah, sokongan dari seorang suami yang begitu memahami jiwa mak dan kondisi mak dalam keluarga membuatkan mak tidak punya masalah untuk menunaikan tanggungjawabnya terhadap tok. boleh saya katakan abah terlalu sporting and understanding bila berbicara tentang tok. hingga di akhir hayat tok, mak dapat menemani di saat-saat pemergiannya ke alam yang kekal abadi itu. dan itulah yang membuatkan mak kini tenang dalam kehidupan setelah puas menunaikan bakti buat ibu tercinta. kini, meskipun tok sudah tiada, pusaranya belum pernah lagi kami miss ziarahi bila datangnya hariraya walau ia terletak jauh dari kami. dan mungkin kerana itu Allah berikan kebahagiaan buat mak dan abah hingga saat ini, dengan rezeki yang insyaAllah tidak putus-putus..
saya bertekad selagimana mak abah masih ada, selama itu saya akan berbakti untuk mereka sekalipun adakalanya ia melebihi kepentingan diri sendiri. mahu mencari redha Allah, redha suami juga redha mak dan abah... kerana mereka adalah insan-insan yang terlalu dekat dihati saya..

note 1 : airmata bergenang tatkala menaip entri ini.. sensitif bila fikir ttg mak dan abah..
note 2 : salam Maal Hijrah buat semua

No comments: