11 December 2009

walimah + Radix FC


23 zulhijjah 1430H

2 minggu yang lepas berpeluang menghadiri walimah fazura & raziman di simpang renggam. tidak sangka pula bertemu dengan sahabat saya, aina di walimah tersebut.. dapat berbual sebentar, bertanya perkembangan masing-masing. pertanyaan usik-mengusik berbaur cepu emas yang lazim meniti bibir ini untuk sang puteri yang penuh kesantunannya itu.. hehe.. sempat juga merakamkan gambar bersamanya dalam pada kesibukan menanti turn bergambar bersama pengantin..
pulang dari walimah tersebut, mengambil kesempatan singgah di Radix FC. saja pergi melihat outlet terbaru yang dibuka di Kluang (berdepan Kluang Mall). sebenarnya ini adalah kali pertama mahu merasa makan di RFC setelah lama menunggu outletnya di Mydin Mall (ayer keroh) yang masih belum dibuka. saya tidak punya perasaan untuk bercerita tentang makanannya (suka kentang putar rfc + soft drinknya..) tetapi ingin mengungkapkan rasa bangga bilamana memasukinya. entah kenapa perasaan itu hadir. mungkin kerana ia 100% diasaskan dan dimiliki oleh muslim. bangga bahawa orang Islam juga mampu sebenarnya menerokai business2 grand seperti itu.bak kata suami saya "perlukan modal yang besar nak buat semua tu". etika pemakaian pekerja-pekerjanya juga amat menyenangkan. rata-rata pengunjung yang makan di situ juga adalah muslim. alhamdulillah, sekurang-kurangnya kewujudan RFC ini memberikan alternatif kepada masyarakat Islam yang mengambil berat tentang peri penting produk-produk halal terutama bab-bab makan ni.. tetapi jangan disalah tafsirkan bahawa RFC ini hanya untuk orang Islam... RFC untuk semua...


note : makan di RFC shopping di Mydin...

2 comments:

Jemba said...

Yup. It's great to see something like this around. Cuma nak tambah info sket. KFC yang sudah ada nama tu pun sebenarnya, di Malaysia ni dimiliki oleh kompeni orang islam. Jcorp. Kehadiran RFC sebagai saingan KFC adalah bagus untuk kualiti kedua-dua produk milikan orang islam ini. Sama2 kita doakan agar persaingan ini dapat meminimumkan dominasi satu lagi produk serupa, yang terang2an bukan dimiliki orang kita.. sape lagi kalau bukan Mekdi.

jannah said...

thanks 4 d comment.biarla org Islam skg yg kebnykannya memilih utk instant food dlm certain keadaan ada byk pilihan utk itu..sape yg selalu mkn kt mcD tu kena la kurgkan aktiviti ke sana ye =)...