28 December 2010

hari bersama keluarga

Alhamdulillah, minggu lepas tertunai hajat membawa famili jalan-jalan di melaka.. walaupun tak semua dapat join, gembira tu tetap ada. tp kalau semua ada berganda-ganda gembiranya. lokasi lawatan kali ini hanya ke Malacca Wonderland, Mydin Mall (MITC) dan menara Taming Sari. itupun sudah ambil masa sehari suntuk. mana tidaknya,keluar rumah jam 930 pg sampai balik ke rumah jam 800 mlm..ribuan umat manusia memenuhi sekitar melaka(mungkin krn weekend n x'mas). penat tengok orang..keletihan yg teramat. hajat nak ke River cruise terpaksa diketepikan dulu..lain kali kita pergi lagi ye..

bersama abah, ketika berada di atas awangan menara..gayat jugak
sabar menunggu giliran..bersama adik-adik,muadz dan hubby yg sporting dihujung sana...
ketika mandi manda di wonderland.tak banyak gambar snap.masing-masing sibuk main air.ni pun gambar ihsan dr Abah.ehe

bermula dari wonderland, agak membingungkan mulanya kerana terlalu ramai pengunjung. hinggakan kami blur tak tau mahu main air di mana. tp bila dh mula, tak ingt dunia. seronok. tak semua slide kami dpt main. sbb masing-masing malas nk beratur panjang yg tersangat-sangat untuk menyewa pelampung..slide-slide yang ada kebanyakannya memerlukan pelampung. kami hanya tengok sahaja orang lain beraksi.
selepas keluar dr wonderland, lunch di Mydin Mall. sempat jgk mak membeli sehelai 'tudung ekspress'. mak nampak gembira. kemudian terus ke Masjid Al-Alami mitc. solat zuhur disana. tempat terakhir jalan-jalan kami ialah menara taming sari di bandar hilir. pun ramai manusia. jam 630 beli tiket,lebih kurg jam 650 tiba giliran naik ke awanan taming sari. gayat jugak walau dh masuk kali ke 3 naik. sayangnya mak tak nak naik. sebab tak larat nak beratur menuggu dan gayat. jam 715 kami bertolak pulang ke merlimau. setakat itu sahaja jalan-jalan kami kali ini...ada rezeki kita jalan-jalan lagi ye.. buat abg dan radhi, jgn jeles tau.. waktu lain, kita boleh pergi lagi.. =)

nota saya: pengajaran yg dapat diambil sepanjang perjalanan ini, elakkan pergi diwaktu cuti umum hujung minggu. terseksa dengan kesesakan trafik dan manusia...huh.

16 December 2010

Air tangan

cuti-cuti begini selain sibuk dengan rutin harian, memang wajib ambil kesempatan untuk duduk depan laptop sesibuk macamanapun. selain fb, email, dan blog, amat gemar sekali mencari resepi-resepi yang baru dan paling penting senang dibuat tanpa memikirkan ingredient yang pelik-pelik sehingga menyebabkan pening dan akhir sekali menghilangkan mood untuk memasak. alhamdulillah hari ini dapat juga la mencuba buat Apple Crumble yang sebenarnya dah lama teringin nak buat hasil cetusan dan inspirasi dari k.imelda. cari punya cari, inilah hasilnya..paling senang buat dan sedap..thanks to k.imelda..

Apple crumble & vanilla ice cream
( dessert )

Roti jala & kari ayam

dh lama sebenarnya ingin cuba buat roti jala ni.tapi hanya terlaksana selepas berjaya memiliki non-stick pan minggu lepas. baru syok nak memasak. ini adalah cubaan kali ke-2. atas permintaan suami. resepi-resepinya saya hanya ambil dari web myresepi.com. buat perubahan sedikit dan ikut sukatan sendiri sahaja. ada beberapa resepi lain lagi dalam kepala yang menanti ingin dicuba.. tunggu..!

nota saya: mood memasak sudah datang..macam-macam la nak cuba..

13 December 2010

~ SELAMAT PENGANTIN BARU ~


sungguh, berita baik yang kau khabarkan membuatkan diri ini sungguh teruja. berita yang amat dinantikan oleh sahabat mu ini. sentiasa mendoakan yang terbaik sahaja buat diri mu. moga kebahagiaan yang diharapkan itu sedia menanti dihadapan.
jadilah dikau isteri solehah, penawar suka dan duka, pelengkap dan pendamping setia imam mu itu.
moga hidup mu sentiasa dilimpahi barakah, mawaddah, wa rahmah.

" BARAKALLAHULAKA WA BARAKA A'LAIKA WA JAMA'A BAINAKUMA FI KHAIR "



khusus buat mu:

Siti salmiah & ust. Taufik
Roshidah & ust. Rizal

~SELAMAT PENGANTIN BARU~


nota saya:
teringat kembali 2 tahun yg lalu...phewitt..rasa nk tergelak..=)
shidah maaf tidak dpt dtg majlis kamu..
siti,rasa tidak sabar melihat kamu menjadi ratu..=)

12 December 2010

Kembara di bumi-Mu


mengisi masa lapang yang ada di waktu-waktu cuti persekolahan ini amat memeningkan. apatah lagi mencari idea tempat menarik untuk dikunjungi. walaupun sebenarnya banyak pilihan tempat yang ada. tetapi oleh kerana kekangan daripada beberapa faktor diri yang ada, hanya terbatas pada lokasi terdekat sahaja sesuai dengan masa yang ada. Alhamdulillah, Dia memudahkan perjalanan percutian kami kali ini..kembara kami kali ini tidak jauh. hanya sekitar Kuala Lumpur dan sempadan Pahang sahaja. walaupun begitu, ia tetap memberi kepuasan..doakan moga kembara akan datang dapat memenuhi impian kami bersama..




lokasi : KLIMS'10 (pwtc) & Bukit Tinggi, Pahang
masa: 7-8 Disember' 10

nota saya:
berharap suatu hari nanti, tertunai impian saya membawa mak abah dan adik beradik yang ramai itu makan angin ke destinasi yang lebih menarik dari ini..