28 December 2010

hari bersama keluarga

Alhamdulillah, minggu lepas tertunai hajat membawa famili jalan-jalan di melaka.. walaupun tak semua dapat join, gembira tu tetap ada. tp kalau semua ada berganda-ganda gembiranya. lokasi lawatan kali ini hanya ke Malacca Wonderland, Mydin Mall (MITC) dan menara Taming Sari. itupun sudah ambil masa sehari suntuk. mana tidaknya,keluar rumah jam 930 pg sampai balik ke rumah jam 800 mlm..ribuan umat manusia memenuhi sekitar melaka(mungkin krn weekend n x'mas). penat tengok orang..keletihan yg teramat. hajat nak ke River cruise terpaksa diketepikan dulu..lain kali kita pergi lagi ye..

bersama abah, ketika berada di atas awangan menara..gayat jugak
sabar menunggu giliran..bersama adik-adik,muadz dan hubby yg sporting dihujung sana...
ketika mandi manda di wonderland.tak banyak gambar snap.masing-masing sibuk main air.ni pun gambar ihsan dr Abah.ehe

bermula dari wonderland, agak membingungkan mulanya kerana terlalu ramai pengunjung. hinggakan kami blur tak tau mahu main air di mana. tp bila dh mula, tak ingt dunia. seronok. tak semua slide kami dpt main. sbb masing-masing malas nk beratur panjang yg tersangat-sangat untuk menyewa pelampung..slide-slide yang ada kebanyakannya memerlukan pelampung. kami hanya tengok sahaja orang lain beraksi.
selepas keluar dr wonderland, lunch di Mydin Mall. sempat jgk mak membeli sehelai 'tudung ekspress'. mak nampak gembira. kemudian terus ke Masjid Al-Alami mitc. solat zuhur disana. tempat terakhir jalan-jalan kami ialah menara taming sari di bandar hilir. pun ramai manusia. jam 630 beli tiket,lebih kurg jam 650 tiba giliran naik ke awanan taming sari. gayat jugak walau dh masuk kali ke 3 naik. sayangnya mak tak nak naik. sebab tak larat nak beratur menuggu dan gayat. jam 715 kami bertolak pulang ke merlimau. setakat itu sahaja jalan-jalan kami kali ini...ada rezeki kita jalan-jalan lagi ye.. buat abg dan radhi, jgn jeles tau.. waktu lain, kita boleh pergi lagi.. =)

nota saya: pengajaran yg dapat diambil sepanjang perjalanan ini, elakkan pergi diwaktu cuti umum hujung minggu. terseksa dengan kesesakan trafik dan manusia...huh.

No comments: