24 December 2009

tetamu

7 muharam 1431H

hari ini saya menerima kiriman sms dari beberapa teman yang menyatakan hasrat untuk singgah ke rumah kerana kebetulan mereka berada di Melaka. saya dengan hati terbuka gembira mahu menerima kedatangan mereka walaupun ada teman saya itu tidak dapat memenuhi hasrat tersebut disebabkan masa kerana saya katakan saya hanya berada di rumah sekitar jam 5 petang atas urusan yang agak penting di luar..mungkin tidak ada rezeki lagi bagi saya dan teman saya itu..
berbicara tentang tetamu ini, saya teringat di zaman kanak-kanak dulu, saya punya perasaan tidak suka bila ada orang mahu bertandang ke rumah. entah kenapa. mungkin ia bakal mengganggu privacy kami sekeluarga atau kerana saya tidak suka di arah itu dan ini oleh mak (buat air dan sebagainya. itu dulu..) hehe..tetapi mak selalu berpesan pada kami anak-anaknya bahawa tetamu itu datangnya membawa rezeki dan perlu dilayan dan menyambutnya dengan gembira dan berlapang dada. dan mak akan sentiasa mengulang-mengulang perkara itu. hasil didikan mak itulah menjadikan saya lebih menghargai sesiapun yang datang ke rumah kami. prinsip itulah yang saya yakini hingga ke hari ini..doktrinisasi mak..

note : dulu lain sekarang lain.. =) terima kasih mak..

No comments: