06 November 2008

ibuku sayang

8 Zulkaedah 1429H

Tatkala org lain lena melayan tuntutan mata, saya tidak langsung dapat melelapkan mata sekalipun jam sudah hampir kepada 1 pagi. Hati tiba-tiba dipagut rasa sedih. Sedih dek kerana kerinduan menebal terhadap emak saya. Terlalu rindu. Rasa ingin sahaja saya pulang ke rumah pada saat itu. Bukan sebulan mahupun setahun tidak berjumpa, baru hujung minggu lepas berjumpa dengan insan yang terlalu saya sayangi itu. Tapi entah kenapa airmata saya tidak mampu saya tampung sekalipun sudah cuba berkali-kali memujuk hati agar lebih tabah. Barangkali saya masih belum biasa berjauhan dengan emak. Begitulah rasanya apabila org yang kita sayangi jauh dari pandangan mata kita. Mungkin emak juga merasakan perkara yang sama. Sama-sama menyulam kerinduan sendirian.

Situasi saya sebagai seorang isteri memerlukan saya berada jauh dari emak kerana kewajipan saya kini adalah sentiasa berada disamping suami. Mungkin itulah antara pengorbanan perasaan yang terpaksa saya lalui bilamana menjengah ke alam rumahtangga. Mujurlah kesedihan itu suami saya fahami. Terima kasih buat suami yang cukup memahami. Semoga Allah lebih menguatkan hati saya untuk melalui kehidupan selepas ini.

(dedikasi utk emak)

tertanam naluri keibuan amat mendalam
dijiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
oh ibu
dibahu mu
tergalas beban
perjalanan mu penuh rintangan
kau titipkan kasih sayang sejujur pengorbanan
tak ku nafikan
disaat kita berjauhan
ingin saja ku berlari
mendakapi mu penuh girang
bak si kecil kehilangan
kau insan penyaynag
betapa ku merindu
lembutnya belaian ibu
membuatku terlena.....

ibu ku sayang........

No comments: