01 November 2011

rehat ~ tenang


setelah seharian berehat di rumah hari ini, tuntutan merehatkan diri di waktu malam, gagal. almaklum, bermula dari hari ini sudah mula bercuti. menghitung hari, menunggu hari, kelahiran si kecil menjengah dunia. berbaur perasaan hanya Allah yang tahu. moga lahirnya si kecil nanti dipermudahkan Allah dan diberi segala kesempurnaan kesihatan fizikal dan mentalnya walau terpaksa melalui fasa menanggung rasa sakit sementara. harus menenangkan diri. sedang dalam hati ternanti-nanti, tertanya-tanya bilakah masanya. tidak sabarkah saya ini... mungkin kerana kelahiran muadz dahulu terlalu awal dari jangkaan, menyebabkan untuk kali kedua ini saya lebih runsing dan risau sungguhpun EDD masih ada seminggu sahaja lagi. saya positifkan diri. mungkin masa yang bersisa ini Allah mahu saya menyelesaikan kerja-kerja yang bersarang di mata dan kepala kala ini supaya nanti saya boleh menumpu pada kerehatan yang cukup terutama sekali pada si kecil tanpa ada apa-apa gangguan dalam fikiran. mudah-mudahan. setiap apa yang Allah tetapkan itu ada hikmah sebaliknya. sesungguhnya perancangan Allah itulah yang terbaik untuk diri kita. "Allahu khairul maakiriin.." positiive thinking..!

buat semua kawan-kawan SMKDB doa-doakan saya ye
moga jasa kalian mengambil alih tugas saya sementara Allah bayar dengan kebaikan yang berlipat ganda

nota saya: insyaAllah bertemu semula dengan rakan smkdb ditahun hadapan jika Allah masih panjangkan usia ini...

No comments: