26 October 2010

warm up

sudah sekian lama blog saya ini sepi. sepi menuai rindu empunya pada entri-entri terbaru. setiap hari yang dilalui kini bukan seperti hari-hari dulu.. ada masa mengulit laman-laman sosial, berblog dan berbual-bual santai bersama sahabat secara maya. kini,masa yang terluang harus diisi semaksimum mungkin untuk anak yang telah seharian ditinggalkan bekerja. tidak mahu anak saya itu kekurangan perhatian dan kasih sayang. tidak mahu menjadi ibu yang terlalu menyibukkan diri sehingga mengabaikan perasaan anak. bukan memanjakan, tetapi menitipkan ruh cinta dan kasih ke jiwa anak itu. mendidik dengan sabar. perlu kreatif mendidik anak zaman kini. kalau zaman dulu,ibu bapa tidak perlu ilmu 'moden' untuk mendidik anak-anak. tapi hari ini, ibu bapa perlu lebih bijak dan maju kerana mereka cepat belaja, bernas berfikir, panjang akalnya..bimbang nanti kita ibu bapa di 'akal' nya. cabaran mendidik anak zaman 2020.

nota saya ~ no idea


No comments: