26 October 2010

warm up

sudah sekian lama blog saya ini sepi. sepi menuai rindu empunya pada entri-entri terbaru. setiap hari yang dilalui kini bukan seperti hari-hari dulu.. ada masa mengulit laman-laman sosial, berblog dan berbual-bual santai bersama sahabat secara maya. kini,masa yang terluang harus diisi semaksimum mungkin untuk anak yang telah seharian ditinggalkan bekerja. tidak mahu anak saya itu kekurangan perhatian dan kasih sayang. tidak mahu menjadi ibu yang terlalu menyibukkan diri sehingga mengabaikan perasaan anak. bukan memanjakan, tetapi menitipkan ruh cinta dan kasih ke jiwa anak itu. mendidik dengan sabar. perlu kreatif mendidik anak zaman kini. kalau zaman dulu,ibu bapa tidak perlu ilmu 'moden' untuk mendidik anak-anak. tapi hari ini, ibu bapa perlu lebih bijak dan maju kerana mereka cepat belaja, bernas berfikir, panjang akalnya..bimbang nanti kita ibu bapa di 'akal' nya. cabaran mendidik anak zaman 2020.

nota saya ~ no idea


03 August 2010

welcome ~Ramadhan al-Mubarak



"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."

Hadis riwayath Bukhari, Muslim& Nasaaei.

~ Ahlan ya Ramadhan ~

21 June 2010

penghargaan buat bapa


~ happy Father's day ~
to my beloved abah
anugerah terindah yang sangat disyukuri
terima kasih atas segala kasih syg dan cinta yg diberikan utk semua anak2mu
to my beloved husband
luv u so much.muadz syg abi

12 May 2010

ibu dan guru

ibu dan guru... gelaran yang sangat mulia. sessuai dengan peranan dan tugas yang disandarkan kepada insan-insan yang menyandang gelaran itu.. punyai tanggungjawab yang sangat besar. biarpun ada sesetengah memandang tugas guru ini mudah, selalu bercuti, kerja separuh hari tapi hanya insan bergelar guru sahaja memahami bebanan tugas yang ditanggung. bak kata orang bekerja dengan orang tidak sama bekerja dengan mesin..
ibu, tidak ada seorang pun yang akan menafikan bebanan tanggungjawab yang digalas oleh ibu.. semua orang akuinya... semua sayang akan ibunya. tapi masih ada insan-insan yang membiarkan ibu. menyeksa perasaannya. melukai hatinya... na'uzubillahi min zalik.. i luv my mum so much..

selamat hari IBU buat emak tercinta juga buat ibu mertua....
selamat hari GURU juga buat emak, serta semua sahabat yang bergelar ustazah, cikgu dll..=)

07 May 2010

2010

Memasuki tahun 2010, bebanan kerja di tempat kerja bertambah. Disiplin kerja juga sudah agak lebih teratur. Tanggungjawab di rumah masih lagi seperti biasa cuma beberapa perkara perlu ditambahbaik supaya keseimbangan di antara kesempurnaan dalam rumahtangga dan kerjaya dapat saya capai. Bukanlah saya terlalu mengejar kesempurnaan tetapi cukuplah andai apa yang saya lakukan itu memberikan kebahagiaan dan kesenangan kepada insan-insan yang berada di sekitar saya. Pejam celik sudah genap setahun, permata hati kami. Melalui setahun itu terasa begitu singkat. Membesarnya Muadz dalam keadaan seperti kami tidak sedar perkembangannya hari demi hari. Terlalu cepat. Mengiring, meniarap, merangkak, duduk, berdiri, berjalan seperti baru semalam semua itu berlaku. Ada masa saya rindukan Muadz seawal usianya 2, 3 bulan dahulu yang hanya tahu merengek, menyusu dan beradu. Sekarang sudah pandai minta itu dan ini. Terutama sekali bab makan dan berjalan. Berguling-guling menangis jika permintaannya tidak dipenuhi. Seronok melihat anak membesar di depan mata. Sesekali bila memandang anak murid yang saya ‘sejuk mata dan hati’ melihatnya , saya berdoa dalam hati moga Muadz juga baik akhlak sepertinya. Moga Muadz benar-benar menjadi anak yang soleh idaman hati setiap ibubapa.

Kepada Allah jua saya memohon agarNya memberikan saya kesihatan yang baik, kesihatan yang terbaik jua buat mak abah, kehidupan yang berkat, rezeki yang halal, kebahagiaan berkeluarga, kekuatan hati dan jiwa untuk saya melalui kehidupan mendatang dengan baik, matang dan sabar. Saya bimbang dengan ujian-ujian yang Allah akan beri pada saya. Dalam bentuk yang bagaimanakah? Tertanggungkah saya dengannya? Allahuakbar… aku terlalu kerdil untuk menanggung dugaanMu..

Maha Suci Mu ya Allah..peliharalah kami dari seksa api neraka Mu

21 March 2010

~ 1st birthday ~ my son


genap sudah setahun usia anakanda tercinta. setahun yang lalu pergi tanpa disedari bersama kesibukan kami membesarkannya. begitu pantas masa berlalu.

SELAMAT HARI LAHIR
muhammad muadz syahmi bin mohd safari
moga putera kami ini menjadi insan yang soleh serta sempurna agama dan akhlaknya.

dialah pengikat kasih sayang antara kami suami isteri. dialah penawar dikala duka. dialah yang sentiasa mengingatkan kami akan kasih sayang ibubapa. sungguh luarbiasa 'power' yang ada pada anak. itulah anugerah Allah yang tiada nilainya. alhamdulillah..Allahuakbar...

note : tahniah buat k.iefa atas kelahiran putera Raid Rusyaidi. nice name..


17 February 2010

mied's wedding

3 rabiulawal 1431H

schoolmate's wedding
hari bahagia
pasangan : aimied & an
tarikh : 13 februari 2010 (sabtu)

semoga berbahagia dan kekal ke hingga ke syurga

note: buat noni dan suami, sori xsempat nak ambil gambar kalian..kerunsingan hati menyebabkan segalanya kelam kabut.apepun, selamat melayari alam baru moga bahagia selama-lamanya..selamat berbahagia juga buat pa'a dan suami..

01 January 2010

new Year

.....selamat TAHUN BARU.....
2010
moga tahun ini diberikan kekuatan azam dalam meraih cinta dan redha Allah

27 December 2009

gathering

10 muharram 1431H
aktiviti
gathering kwn2 lama
(sek rendah)
tempat
Bisik-Bisik, Pt. Raja
masa
26 Disember 2009 (8.06pm)
kehadiran
hafiz rahman, fauzi amin, amirul idham, azmim zober, adib azra, faizah azra, jannah dan suami, noramin dan isteri.


10 Muharram- Hari Asyura

10 Muharram 1431H


Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram)

  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
  12. -Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  13. -Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala
  14. seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

dipetik dari www.al-azim.com


saya masih teringat ketika umur saya sekolah rendah, bila hampir tiba 10 Muaharram mak berkata pada saya "apa la yang abah nak beli tahun ni ye.." saya tercengang. bertanya "kenapa mak ckp macamtu?" mak tersenyum..mak katakan pada saya, " pada 10 Muahrram selain sunat berpuasa, sunat juga menggembirakan ahli keluarga atau berbelanja untuk keluarga. tak kira la belanja makan ke apa ke..dan antara perkara yang sering abah lakukan, abah akan membeli sesuatu yang akan menggembirakan kami.." saya hanya mengangguk. " ooo.." dan pada tahun itu "surprise..!!" abah membeli peti sejuk yang baru untuk kami sekeluarga. memang kami semua sgt gembira..moga Allah melapangkan rezeki untuk abah.. baru kini saya faham...

note: takde ke org nak belanje diri ini hari ini..??hmm..