20 November 2011

~ newborn ~

"Setiap anak dilahirkan secara fitrah, kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Muhammad Iman Syafi...
selamat di lahirkan pada hari Selasa 08.11.11 jam 1.57 ptg. bersamaan 12 zulhijjah 1432H..
moga kelahirannya menambah rahmat, berkat dan bahagia dalam keluarga saya.
kekuatan dan kesabaran dipohon pada Allah agar dapat mendidik anak kecil ini menjadi umat terbaik, insan dan hamba Allah yang soleh serta bermanfaat untuk Islam.

nota saya ~ saat ini saya sedang ber'tarung' dengan rasa iri dan kecil hati abg muadz dengan adik nya ini.. mungkin dia terasa hilang sedikit perhatian yg dulu diberi kepadanya 100%..moga abg muadz semakin cepat faham.. ummi syg anak-anak ummi..

04 November 2011

eidul adha

pejam celik rupanya sudah hampir kepada hari raya kedua bagi seluruh umat Islam iaitu eidul adha. sungguh tidak merasa cepatnya masa berlalu. hati dan fikiran hanya tertumpu kepada menunggu kelahiran si kecil nanti. teman-teman yang lain ada yang sudah sibuk pulang ke kampung halaman, bercuti menyambut kedatangan eidul adha sedang kami terpinga-pinga tanpa ada apa-apa perasaan. kerisauan melebihi segala-segalanya tatkala ini. mood hari raya tidak seperti tahun-tahun yang lalu, hambar. sentiasa berdoa semoga Allah mempermudahkan segalanya.

Selamat menjalani ibadah wukuf buat abg husnaa dan seluruh jemaah Haji yang menjadi tetamu Allah di sana. moga ibadah kalian diterima Allah dan mendapat haji yang mabrur. panjang-panjangkan doa kalian untuk kami di sini.

Selamat menyambut Eidul adha buat seluruh umat Islam dan selamat menjalani ibadah korban.

nota saya ~ Allah masih beri peluang untuk merasa hidangan hari raya ini sebelum berpantang panjang... =)

01 November 2011

updated...

Alhamdulillah...

akhirnya terlaksana juga hajat mahu membuat banner blog yang baru. sudah sekian lama meninggalkan aktiviti ber'photoshop'. kali terakhir ketika masih menuntut di universiti dahulu. banyak ilmu-ilmu tentangnya lupa. terkial-kial nak menyiapkan satu banner. walau tidak sehebat dan secantik mana tetapi masih berpuashati dengan kerja tangan sendiri. bandingan dengan kreativit orang lain, saya jauh ketinggalan kerana sejujurnya saya bukanlah seorang yang dilahirkan sebagai insan seni. maka kreativiti itu agak terbatas. dulu selalu bermonolog "kalau la saya diberi pilihan oleh Allah saya mahukan skill melukis" tapi sedar diri bahawa setiap manusia Allah mengurniakan keistimewaan dan bakatnya yang tersendiri. bersyukur.



nota saya~
* bila ber'photoshop' dalam hati berkata.. sungguh saya rindu pada dia..
* sengaja menggunakan gambar AP7.0 kerana itulah versi pertama saya kenal dan belajar tentangnya

rehat ~ tenang


setelah seharian berehat di rumah hari ini, tuntutan merehatkan diri di waktu malam, gagal. almaklum, bermula dari hari ini sudah mula bercuti. menghitung hari, menunggu hari, kelahiran si kecil menjengah dunia. berbaur perasaan hanya Allah yang tahu. moga lahirnya si kecil nanti dipermudahkan Allah dan diberi segala kesempurnaan kesihatan fizikal dan mentalnya walau terpaksa melalui fasa menanggung rasa sakit sementara. harus menenangkan diri. sedang dalam hati ternanti-nanti, tertanya-tanya bilakah masanya. tidak sabarkah saya ini... mungkin kerana kelahiran muadz dahulu terlalu awal dari jangkaan, menyebabkan untuk kali kedua ini saya lebih runsing dan risau sungguhpun EDD masih ada seminggu sahaja lagi. saya positifkan diri. mungkin masa yang bersisa ini Allah mahu saya menyelesaikan kerja-kerja yang bersarang di mata dan kepala kala ini supaya nanti saya boleh menumpu pada kerehatan yang cukup terutama sekali pada si kecil tanpa ada apa-apa gangguan dalam fikiran. mudah-mudahan. setiap apa yang Allah tetapkan itu ada hikmah sebaliknya. sesungguhnya perancangan Allah itulah yang terbaik untuk diri kita. "Allahu khairul maakiriin.." positiive thinking..!

buat semua kawan-kawan SMKDB doa-doakan saya ye
moga jasa kalian mengambil alih tugas saya sementara Allah bayar dengan kebaikan yang berlipat ganda

nota saya: insyaAllah bertemu semula dengan rakan smkdb ditahun hadapan jika Allah masih panjangkan usia ini...

07 October 2011

tahniah!


selamat berGraduasi


tahniah buat adik Muhammad Shahir atas kejayaan menamatkan pengajian. semoga kejayaan melingkungi hidup kamu, dunia dan akhirat. ingatilah pengorbanan insan yang banyak berjasa buat diri kita sedari kecil hinggalah kini. senyuman mereka, senyuman kegembiraan dan kebanggaan. doakan kesejahteraan mak dan abah.

nota saya: teringat 4 tahun yg lalu.. mengenang kembali kenangan berkonvo..tradisi UM berulang lg utk kali ke 2.. =)

01 October 2011

eid'11

eid 2011

sudah agak terlewat mengupload gambar-gambar hari raya yang lepas..sudah hampir datang pula aidiladha..
pengalaman seronok, gembira malah dukacita melingkungi kami sepanjang eid yg lepas..
apepun, setiap ujian yang Allah berikan itu adalah tanda kasih sayang Nya pada kami. redha dengan setiap dugaan. moga iman kami semakin subur terhadapNya.
muadz sudah pandai terima duit raya.. kalau raya yang lepas, dpt duit raya, dibuangnya.. tp kali ini, lebih bijak.. sampul duit raya dibuang tp duit cepat-cepat masuk dalam poket.. itula perkembangan anak hari demi hari, tahun demi tahun.. adakala mencuit hati kami, adakala sangat mencabar kesabaran kami.. doa ummi dan abi moga muadz menjadi anak yang soleh...

nota saya: sudah lama tidak update ini blog.. baru kini mood itu datang kembali...

10 March 2011

Kembara di bumi-Mu (2)


sebahagian foto-foto ziarah kami ke negeri Kelantan dan Terengganu

di Pantai Cahaya Bulan, Kelantan

di Taman Tamadun Islam, Terengganu


tiada apa yang mahu diungkapkan..sekadar berkongsi rasa kepuasan yang amat dengan kembara kali ini..

28 December 2010

hari bersama keluarga

Alhamdulillah, minggu lepas tertunai hajat membawa famili jalan-jalan di melaka.. walaupun tak semua dapat join, gembira tu tetap ada. tp kalau semua ada berganda-ganda gembiranya. lokasi lawatan kali ini hanya ke Malacca Wonderland, Mydin Mall (MITC) dan menara Taming Sari. itupun sudah ambil masa sehari suntuk. mana tidaknya,keluar rumah jam 930 pg sampai balik ke rumah jam 800 mlm..ribuan umat manusia memenuhi sekitar melaka(mungkin krn weekend n x'mas). penat tengok orang..keletihan yg teramat. hajat nak ke River cruise terpaksa diketepikan dulu..lain kali kita pergi lagi ye..

bersama abah, ketika berada di atas awangan menara..gayat jugak
sabar menunggu giliran..bersama adik-adik,muadz dan hubby yg sporting dihujung sana...
ketika mandi manda di wonderland.tak banyak gambar snap.masing-masing sibuk main air.ni pun gambar ihsan dr Abah.ehe

bermula dari wonderland, agak membingungkan mulanya kerana terlalu ramai pengunjung. hinggakan kami blur tak tau mahu main air di mana. tp bila dh mula, tak ingt dunia. seronok. tak semua slide kami dpt main. sbb masing-masing malas nk beratur panjang yg tersangat-sangat untuk menyewa pelampung..slide-slide yang ada kebanyakannya memerlukan pelampung. kami hanya tengok sahaja orang lain beraksi.
selepas keluar dr wonderland, lunch di Mydin Mall. sempat jgk mak membeli sehelai 'tudung ekspress'. mak nampak gembira. kemudian terus ke Masjid Al-Alami mitc. solat zuhur disana. tempat terakhir jalan-jalan kami ialah menara taming sari di bandar hilir. pun ramai manusia. jam 630 beli tiket,lebih kurg jam 650 tiba giliran naik ke awanan taming sari. gayat jugak walau dh masuk kali ke 3 naik. sayangnya mak tak nak naik. sebab tak larat nak beratur menuggu dan gayat. jam 715 kami bertolak pulang ke merlimau. setakat itu sahaja jalan-jalan kami kali ini...ada rezeki kita jalan-jalan lagi ye.. buat abg dan radhi, jgn jeles tau.. waktu lain, kita boleh pergi lagi.. =)

nota saya: pengajaran yg dapat diambil sepanjang perjalanan ini, elakkan pergi diwaktu cuti umum hujung minggu. terseksa dengan kesesakan trafik dan manusia...huh.

16 December 2010

Air tangan

cuti-cuti begini selain sibuk dengan rutin harian, memang wajib ambil kesempatan untuk duduk depan laptop sesibuk macamanapun. selain fb, email, dan blog, amat gemar sekali mencari resepi-resepi yang baru dan paling penting senang dibuat tanpa memikirkan ingredient yang pelik-pelik sehingga menyebabkan pening dan akhir sekali menghilangkan mood untuk memasak. alhamdulillah hari ini dapat juga la mencuba buat Apple Crumble yang sebenarnya dah lama teringin nak buat hasil cetusan dan inspirasi dari k.imelda. cari punya cari, inilah hasilnya..paling senang buat dan sedap..thanks to k.imelda..

Apple crumble & vanilla ice cream
( dessert )

Roti jala & kari ayam

dh lama sebenarnya ingin cuba buat roti jala ni.tapi hanya terlaksana selepas berjaya memiliki non-stick pan minggu lepas. baru syok nak memasak. ini adalah cubaan kali ke-2. atas permintaan suami. resepi-resepinya saya hanya ambil dari web myresepi.com. buat perubahan sedikit dan ikut sukatan sendiri sahaja. ada beberapa resepi lain lagi dalam kepala yang menanti ingin dicuba.. tunggu..!

nota saya: mood memasak sudah datang..macam-macam la nak cuba..

13 December 2010

~ SELAMAT PENGANTIN BARU ~


sungguh, berita baik yang kau khabarkan membuatkan diri ini sungguh teruja. berita yang amat dinantikan oleh sahabat mu ini. sentiasa mendoakan yang terbaik sahaja buat diri mu. moga kebahagiaan yang diharapkan itu sedia menanti dihadapan.
jadilah dikau isteri solehah, penawar suka dan duka, pelengkap dan pendamping setia imam mu itu.
moga hidup mu sentiasa dilimpahi barakah, mawaddah, wa rahmah.

" BARAKALLAHULAKA WA BARAKA A'LAIKA WA JAMA'A BAINAKUMA FI KHAIR "



khusus buat mu:

Siti salmiah & ust. Taufik
Roshidah & ust. Rizal

~SELAMAT PENGANTIN BARU~


nota saya:
teringat kembali 2 tahun yg lalu...phewitt..rasa nk tergelak..=)
shidah maaf tidak dpt dtg majlis kamu..
siti,rasa tidak sabar melihat kamu menjadi ratu..=)