23 January 2012

husnaa vs fadhlina ~ selamat pengantin baru

alhamdulillah.. sudah terlaksana hajat membina masjid, mendiri mahligai bahagia. moga Allah memayungi mereka dengan barakah,mawaddah dan rahmah di setiap inci kehidupan mereka. hidupkanlah rumahtangga yang dibina dengan syariat Islam yang sempurna moga zuriat yang bakal lahir menjadi saham syurga buat kamu di alam kekal abadi.

di hati saya tidak putus mendoakan kebahagiaan buat mereka. saat lafaz sakinah itu, hati saya sayu. jatuh juga airmata ini walau ditahan. airmata gembira barangkali. ye, jauh disudut hati saya sangat gembira mereka telah disatukan. baru kini saya mengerti perasaan mak abah serta adik beradik saya saat saya dinikahi oleh suami. bercampur baur. tidak tahu arah tuju perasaan dalam hati ini. namun kini, perasaan sudah semakin stabil. atau adakah saya sahaja yang berperasaan begitu..hanya Allah sahaja yang mengetahui...
" BARAKALLAHULAKA WA BARAKA A'LAIKA WA JAMA'A BAINAKUMA FI KHAIR "

pengantin
husnaa & fadhlina

tarikh
21.01.2012

nota saya ~ SELAMAT PENGANTIN BARU abg & k.ina


13 January 2012

keringat dibayar keringat


seminggu berkampung di batu pahat kerana suami berkursus di kluang.. hari ini baru dapat online.. tengok balik gamabr-gambar sewaktu majlis perkahwinan saya 3 tahun yang lalu.. rasa sebak dan terharu. ramai sahabat yang hadir meraikan saya dan suami. baik yang dekat mahupun yang jauh. sungguh saya sangat terharu. terima kasih sahabat-sahabat! usaha kalian untuk hadir saya benar-benar hargai. walaupun penghargaan itu bukanlah atas nama harta atau wang ringgit, namun saya sentiasa mendoakan kebaikan untuk anda semua.

bakal menerima ahli baru dalam keluarga. sepanjang percutian saya 3 bulan ini, rupa-rupanya saya kesibukan dalam mengurus majlis pertunangan dan pernikahan abang saya. tidak saya duga, dalam masa 3 bulan ini, abang saya bakal bertukar status. saya kena mengubah hantaran! tangan saya kaku, tidak berseni langsung. maka saya buat sahaja apa yang termampu saya buat. terima aje la ye..

gambar pada entri ini adalah hasil sentuhan saya untuk majlis pertunangan. hanya 3 dulang untuk majlis tersebut kerana ianya dibuat secara bersederhana.

saya hanya mereka hantaran bagi coklat dan kotak kek. bagi bekas cincin itu saya hanya buat final touch. menambah mana yang perlu sebab saya tidak ada kemahiran bermain dengan sireh.. ehe. bukan mahu menunjuk, saja suka-suka kerana ini adalah sebahagian dari projek dalam cuti saya. kalau dulu abang sibuk mengurus majlis saya, kali ini saya pula. keringat harus dibayar dengan keringat..!


nota saya~ sedang memikirka idea dan konsep untuk hantaran di hari pernikahan pula..bizi sungguh ye..=)
~ sebak pulak bila abg mau kawen.. abg kesayangan 'diambil' org..(k.fadhlina jgn marah ye..=)

08 January 2012

belasungkawa

setiap yang hidup pasti akan menemui pengakhiran. kematian menuju alam yang kekal abadi. kerna itu hidupnya manusia dimuka bumi Allah ini ibarat seorang pengembara. mengumpul bekal untuk hidup bahagia di destinasi yang dijanjikan Allah seusai menempuh pancaroba kehidupan dunia. cukup bekalnya,berbahagialah. jangan sesekali memilih untuk hidup merana di alam sana.

hari ini di kejutkan dengan berita pemergian bapa saudara yang kami lebih mesra dengan panggilan Wak Can. suami kepada makcik saya. moga Allah menempatkannya dikalangan orang-orang yang beriman dan diredhaiNya. al-Fatihah.

ketika menaip entri ini,saya baru sahaja selesai mengemas barang barang untuk pulang ke kampung pagi nanti. disebabkan suami mempunyai urusan, maka kami terpaksa menunda kepulangan ke kampung untuk menziarah pagi esok setelah selesai urusan tersebut. hati rasa serba salah kerana kelewatan ini, namun atas urusan yangs sangat penting terpaksa juga korbankan rasa itu. moga urusan pengebumian dan lainnya berjalan lancar.

nota saya~ syurga Allah itu mahal harganya

02 January 2012

1 month my hero


muhammad iman syafi di usia sebulan

nyenyak tidur
belum ada gambar-gambar iman saat celik mata
cuba untuk mengelakkan dari flash kamera.masih ada pilihan untuk off flash cuma
kualiti gambar sangat mendukacitakan =)

01 January 2012

puding oh puding ~ caramel


cuti awal tahun 2012 hanya dihabiskan di rumah bersama suami dan anak-anak. menerima kunjungan dari sahabat suami yang baru sahaja membina mahligai bahagianya, sofi dan sue di petang hari. bermula di awal pagi mengemas rumah, memasak untuk makan tengahari, membuat dessert puding karamel dan agar-agar (permintaan suami) dan menyediakan hidangan untuk tetamu yang bakal tiba.. uhh sehari suntuk berada di dapur.. sekejap sekejap berlari mendapatkan anak yang mahukan perhatian, yang mahukan belaian dan memenuhi fitrah penyusuannya bagi si kecil Iman. si abg pula acapkali membuat sesuatu yang menduga kesabaran kami. sabau aje laa.. kepenatannya hanya terasa di malam hari.
sebenarnya sudah lama ingin mencuba membuat puding karamel ini. namun cubaan pertama tempoh hari, pudingnya agak keras.. maka hari ini tidak berputus asa untuk mencuba lagi..alhamdulillah menjadi! resepi ini saya ambil dari myresepi by firasyira. selain senang dibuat,ianya tidak menggunakan telur sebagai ingredientnya.. tertarik pula hendak mencubanya..

puding di sejuk beku di dalam bekas kecil supaya senang hendak menikmatinya.

rupa sebenar apabila di keluarkan dari bekas..menyelerakan!

bila cuti sahaja mood mencuba berbagai resepi datang. boleh sahaja jika berkeinginan makan,beli saja diluar. namun, mencuba sendiri itu satu kepuasan!

nota saya ~ thanks to sofi dan sue kerana datang menziarahi kami. semoga kalian berdua berbahagia selamanya..


31 December 2011

go back home..

saya sudah kembali ke merlimau!
setelah 2 bulan berada di batu pahat menghabiskan pantang, sudah seminggu saya kembali ke merlimau.. rindu pada rumah sendiri. selama seminggu ini hanya duduk terperap di rumah melayan karenah abg dan adik. alhamdulillah hari ini dapat juga keluar itupun memikirkan hadiah yang yang masih tertangguh untuk sang suami sempena ulangtahun kelahirannya sebulan yang lalu. kasihan juga melihat Iman di usung kesana kemari dalam usia yang masih terlalu kecil. tetapi saja saja keluar mencari suasana baru. alhamdulillah Iman tidak banyak ragamnya. stroller milik muadz dulu tertinggal di kampung. maka, kami tidak memilih untuk pergi ke pusat membeli belah. sekadar mencari di kedai-kedai biasa sahaja. celebrate kecil-kecilan di pizza hut, muar.pun tiada gambar yang sempat di ambil. masing- masing sibuk melayan ragam kedua-dua hero kami itu. kali pertama Iman sambut birthday abi bersama kami..
semoga kehidupan abi diberkati, bahagia bersam-sama kami, dilimpahi rezeki yang halal, dan diberikan kesihatan yang baik berpanjangan.. we luv u..

nota saya: bye bye 2011 welcome 2012

20 November 2011

~ newborn ~

"Setiap anak dilahirkan secara fitrah, kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Muhammad Iman Syafi...
selamat di lahirkan pada hari Selasa 08.11.11 jam 1.57 ptg. bersamaan 12 zulhijjah 1432H..
moga kelahirannya menambah rahmat, berkat dan bahagia dalam keluarga saya.
kekuatan dan kesabaran dipohon pada Allah agar dapat mendidik anak kecil ini menjadi umat terbaik, insan dan hamba Allah yang soleh serta bermanfaat untuk Islam.

nota saya ~ saat ini saya sedang ber'tarung' dengan rasa iri dan kecil hati abg muadz dengan adik nya ini.. mungkin dia terasa hilang sedikit perhatian yg dulu diberi kepadanya 100%..moga abg muadz semakin cepat faham.. ummi syg anak-anak ummi..

04 November 2011

eidul adha

pejam celik rupanya sudah hampir kepada hari raya kedua bagi seluruh umat Islam iaitu eidul adha. sungguh tidak merasa cepatnya masa berlalu. hati dan fikiran hanya tertumpu kepada menunggu kelahiran si kecil nanti. teman-teman yang lain ada yang sudah sibuk pulang ke kampung halaman, bercuti menyambut kedatangan eidul adha sedang kami terpinga-pinga tanpa ada apa-apa perasaan. kerisauan melebihi segala-segalanya tatkala ini. mood hari raya tidak seperti tahun-tahun yang lalu, hambar. sentiasa berdoa semoga Allah mempermudahkan segalanya.

Selamat menjalani ibadah wukuf buat abg husnaa dan seluruh jemaah Haji yang menjadi tetamu Allah di sana. moga ibadah kalian diterima Allah dan mendapat haji yang mabrur. panjang-panjangkan doa kalian untuk kami di sini.

Selamat menyambut Eidul adha buat seluruh umat Islam dan selamat menjalani ibadah korban.

nota saya ~ Allah masih beri peluang untuk merasa hidangan hari raya ini sebelum berpantang panjang... =)

01 November 2011

updated...

Alhamdulillah...

akhirnya terlaksana juga hajat mahu membuat banner blog yang baru. sudah sekian lama meninggalkan aktiviti ber'photoshop'. kali terakhir ketika masih menuntut di universiti dahulu. banyak ilmu-ilmu tentangnya lupa. terkial-kial nak menyiapkan satu banner. walau tidak sehebat dan secantik mana tetapi masih berpuashati dengan kerja tangan sendiri. bandingan dengan kreativit orang lain, saya jauh ketinggalan kerana sejujurnya saya bukanlah seorang yang dilahirkan sebagai insan seni. maka kreativiti itu agak terbatas. dulu selalu bermonolog "kalau la saya diberi pilihan oleh Allah saya mahukan skill melukis" tapi sedar diri bahawa setiap manusia Allah mengurniakan keistimewaan dan bakatnya yang tersendiri. bersyukur.



nota saya~
* bila ber'photoshop' dalam hati berkata.. sungguh saya rindu pada dia..
* sengaja menggunakan gambar AP7.0 kerana itulah versi pertama saya kenal dan belajar tentangnya

rehat ~ tenang


setelah seharian berehat di rumah hari ini, tuntutan merehatkan diri di waktu malam, gagal. almaklum, bermula dari hari ini sudah mula bercuti. menghitung hari, menunggu hari, kelahiran si kecil menjengah dunia. berbaur perasaan hanya Allah yang tahu. moga lahirnya si kecil nanti dipermudahkan Allah dan diberi segala kesempurnaan kesihatan fizikal dan mentalnya walau terpaksa melalui fasa menanggung rasa sakit sementara. harus menenangkan diri. sedang dalam hati ternanti-nanti, tertanya-tanya bilakah masanya. tidak sabarkah saya ini... mungkin kerana kelahiran muadz dahulu terlalu awal dari jangkaan, menyebabkan untuk kali kedua ini saya lebih runsing dan risau sungguhpun EDD masih ada seminggu sahaja lagi. saya positifkan diri. mungkin masa yang bersisa ini Allah mahu saya menyelesaikan kerja-kerja yang bersarang di mata dan kepala kala ini supaya nanti saya boleh menumpu pada kerehatan yang cukup terutama sekali pada si kecil tanpa ada apa-apa gangguan dalam fikiran. mudah-mudahan. setiap apa yang Allah tetapkan itu ada hikmah sebaliknya. sesungguhnya perancangan Allah itulah yang terbaik untuk diri kita. "Allahu khairul maakiriin.." positiive thinking..!

buat semua kawan-kawan SMKDB doa-doakan saya ye
moga jasa kalian mengambil alih tugas saya sementara Allah bayar dengan kebaikan yang berlipat ganda

nota saya: insyaAllah bertemu semula dengan rakan smkdb ditahun hadapan jika Allah masih panjangkan usia ini...